Monday, 4 July 2016

4 99 kali rindu

movie melayu ni aku tengok malam sebelum aku ke gontor. weh, meleleh air mata aku tengok cerita ni. orang duk kemas barang pergi gontor, aku pergi layan cerita ni. memang terbaik!

aku, orang duk menelaah buku untuk PMR, aku malam tu duk layan cerita korea! ini namanya orang yang sudah terasa dirinya pandai.

cerita ni memang insaf habislah!
ini sedikit sinopsisi yang aku copy paste dalamblog orang lain:

99 Kali Rindu menceritakan kisah lelaki bernama Attar (Aeril Zafrel) yang baru kematian isterinya,Saidatul Nafisa (Shima Anuar). Selepas kehilangan isterinya, Attar turut berhijrah untuk menghilangkan kesedihan ditanggungnya. Namun, dalam penghijrahannya dia bertemu dua wanita -Fatin Qalbie (Wawa Zainal) danZazlena (Afiera Riana). Pertemuan di antara Attar dan Zazlena berlaku ketika Attar sedang menyeberangi jalan. Ketika itu Zazlena memandu kereta dengan laju dan melanggar Attar

Rasa bersalah Zazlena menyebabkan Attar dirawat di rumahnya sehingga sembuh. Namun, Miqdad (Adey Syafrien) yang juga abang kepada Zazlena menceritakan kepada Attar mengenai penyakit dihadapi adiknya  yang sudah berputus harapan untuk hidup akibat penyakit barah. Namun setelah Zazlena mengenali Attar ia telah memberikan semangat baru kepadanya


Fatin Qalbie, seorang DJ radio pula diserang orang yang tidak berpuas hati dengannya. Namun, Fatin Qalbie bernasib baik kerana Attar menyelamatkannya. Sejak pertemuan itu timbul bibit rindu Fatin Qalbie terhadap Attar. Akhirnya siapakah yang akan bertakhta di hati Attar atau adakah Hilma Aqila datang menuntut cintanya kembali.

Filem Islamik yang terdapat pengajaran buat kita semua. Setiap yang berlaku adalah dengan kekuasaan Allah. Kita hanya mampu merancang, kalau Allah tak izinkan ia tidak akan terjadi. Kita kena percaya dengan Qada’ dan Qadar.


itulah serba serbi cerita ini. jangan lupa tonton. tak semua cerita melayu yang tiada pengajaran ya! jadi kita kenalah pandai memilih mana yang baik, mana yang buruk!

30 ramadhan 
10;11 PAGI

3 hantar erfan dan afnan ke KLIA 2

23 julai 2015
6 pagi
KLIA2

oh, lupa nak beritahu! afnan, adik kak nina dan erfan, adik aku pun baru nak daftar gontor. kalau gontor lelaki ni pergi awal sikit. then, beberapa hari lepas itu, gontor perempuan pula.

masa kitorang whole family nak hantar diorang tu, aku tak tahu rasa apa. bercampur baur. gementar? takut? suka?
rasa cuak?

ada orang kata,
"mostly yang masuk gontor ni, bukan sebab dia bijak tapi sebab istiqomah doanya pada Allah."

deep kot ayatnya! muhasabah diri sekejap
'harini dah baca quran?' err, belum
'ma'thurat?' ehehe, tak baca lagi
'novel?' gulp. novel tak membangun diri ada satu.musuhku suamiku.

shila amzah kata,
"love yourself, dream big and make it happen!"


terinspirasi dengan kata-katanya. shila amzah sekarang dah meletop-letop dekat china!

persoalannya di sini,
bila nak berubah?

2 reaksi kawan-kawan

sebelum ramadhan 2015

siapa tak sayang sekolah kan? dulu aku sekolah dekat maahad tahfiz hira' jeram
yup,sekolah tu memang terbaik.
ada ustaz ni pernak tanya aku, kenapa aku nak pindah sekolah gontor? bukan sekolah hira' tu bagus ke?
alasan aku, ya, memang tak dapat dinafikan enviroment hira' tu memang penuh dengan biah solehah,tarbiyah, ukhuwah, usrah,mutabaah amal
banyak program yang membangunkan diri.
mean, kalau aku jatuh, rasa takde kekuatan, dalam maksiat,
kawan-kawan kat hira' sentiasa sokong aku. tak kira senior ke junior ke.
we are one happy family at home. susah senang bersama gituh!
tapi, aku memang sukakan cabaran,
bak kata aku,
'pengalaman mematangkan diri'
aku nak belajar hingga ke negeri china.
meski... hanya negara jiran indonesia.. ahaha

mula tu aku nak berahsia dengan kawan-kawan. takmau kasitau sapa-sapa
taknak bagi diorang sedih atas kehilangan aku. chia chia!
lagi satu, aku tak tahu aku lulus ke tak. nak tahu aku boleh masuk sekolah gontor sebab first tu ade ujian. then, pengumuman lulus ke tidak.
kalau tak lulus tu, tak ke malu...

tapi, aku ni jenis takleh simpan rahsia sorang-sorang..
terlepas juga cakap kat batch aku yang aku nak belajar dekat gontor.
tapi aku kasitau batch aku jelaa. 10 orang je pun.


tak ke haru? mereka punyalah sedih.  tapi mereka support aku.
tapi ada jugak bunyi macam ni
"tak takut ke pergi sana,banyak hantu!"
"nanti tak boleh iron baju! iron arang!"
"ina, nanti anti pergi, ana tidur kat katil enti.haha!"
hailah, boleh pula kata gituh?

time aku nak pergi tu, tak ketahuan sangat sebab aku kemas baju time diorang tengah tidur, lagipun aku hantar baju balik rumah sikit-sikit. lagipun time tu cuti balik raya, akhir ramadhan,
conferm ramai yang bawa baju banyak.

malam tu, kitorang satu batch makan NARMI
sempena pemergian aku... tak ke haru. uhuhu

kedai depan sekolah je.. tempat budak hira' selalu lepak..

so, aku pun tak sempat habis hafal quran dekat hira'.
rahmah tanya,
"ina,kesian budak-budak tu tak tahu yang ina pindah. esok beritahulah diorang,"
fikir punya fikir,
esoknya, kitorang kumpulkan budak maahad.
aku yang jadi MC. aku mula tu takde rasa nak nangis pun. bila aku cakap.
"hari ni, ada seorang yang nak pindah sekolah..."
tiba-tiba rahmah pergi buka lagu soundtrack yang sedih punya! aku ni tak boleh nak dengar lagu sedih-sedih ni. tiba-tiba dah leleh. sedu-sedu. tak boleh nak cakap apa-apa.
mereka semua pun tercengang. aiseh!
semua batch aku peluk aku,erat. rasa nak meraung je. ehehe
then, rahmah pun sambung cakap yang aku nak pindah.
semua nangis. terkedu sekejap. terharu.
dari form 1 sampai form 5. aku nampak manisnya ukhuwwah disitu.

ni semua adik-adik junior aku.
adik usrah aku.

semua sedih. bak kata orang, 'setiap pertemuan, ada perpisahan.'
tak gitu?

30 ramadhan
2016
3:01 pagi

1 keputusanku ke gontor

2015 januari

ya... aku suka buat keputusan drastik. tiba-tiba nak ke gontor indonesia.
aku tahu pasal gontor ni pun sebab ada sorang saudara aku ke sana.
kak nina.
apasal aku pilih gontor ek.

first, sebab macam nampak HEBAT. ahaha

mana tak hebatnya. cucu perempuan yai yang kedua after k.nina belajar luar negara.
luar negara tuu, tak ke hebat?! (angkuh sebentar)
naik flight sorang-sorang, nampak cam style orang besar, selalu keluar negara dengan family kan?
ni sorang-sorang...sambil bawak beg besar, bergaya gituh! ahahah (gelak jahat)
sebab aku ada sorang kawan ni, namanya Nabilah
dia duduk perlis tapi sekolah dekat selangor. kalau balik rumah naik flight sorang-sorang.
see, hebat kan?
padahal tak jauh pun, negara jiran.. kekeke

second, sebab aku dapat tahu daripada kak nina yang gontor ni, ada PIDATO

tu pasal aku nak masuk gontor.
kut-kut dapat jadi pemidato hebat macam abang badr ker,kan?
sebab aku start pidato ni sebab aku join ampac.
start tuh aku berkecimpung dalam dunia pidato ni.
leppas tu, aku diberi peluang mewakili sekolah untuk pertandingan pidato bahasa melayu bawah mbgsim

dan.. aku menang no.satu waa!! (bangga triple)
aku ni kalau dah menang satu benda, aku akan bangga tak ingat dunia. aku rasa aku paling hebat... haha (jangan tiru perangai ini!!)
then, aku try pulak pidato bahasa arab
eceh, aku rasa macam petik jari je
dah pandai bahasa melayu pasti boleh punya bahasa arab.
then, waaa!!( nangis tak berlagu)
bangga punya pasal, time pdato tak ingat pulak skrip.
tak boleh jadi ni!
duum, baru aku tahu langit itu tinggi ke rendah
dan yang pasti aku ini rendah >< kalah teruk
taubat nasuha sekejap. then, muallimah offer aku dengan khadijah untuk couple pidato untuk hari kecemerlangan kat sekolah. Allah bagi peluang dekat aku. then masa practise tu, aku dikritik teruk oleh muallimah... hmmm :(
"mutmainnah ni pandai pidato tak sebenarnya?!"
ceh, muallimah tegur aku! muallimah ni ada hati nak tegur aku. aku pidato no. satu muallimah tu lagilaa tak pernah pidato! (kritikku dalam hati)
nampak tak bongkak kat situ. aku rasa aku hebat
jangan tiru tau!
"orang yang hebat adalah orang yang boleh terima pandangan orang lain dan merendah diri"
then, masa aku tengah pidato, banin ejek-ejek aku. huhuhu.
bila aku bertenang sekejap. hadam baik-baik kata muallimah. cuba terima.
aku pun tengok balik pidato aku tu.
rasa macam nak korek tanah, masukkan dalam tu
malu seyh! teruk gila aku punya pidato. memang patuk dikritik dan digelakkan.
dan sejak tu, aku tanamkan dalam hati
'aku kena belajar lagi'
then aku pindahlah ke gontor. sebab aku tahu di situ, belajar pidato. aku kena belajar lagi.

itulah dua sebab pasal apa aku nak pergi pondok modern darussalam gontor, karangbanyu, jawa timur,indonesia

100 pagi
ramadhan terakhir 2016

Monday, 27 June 2016

boy over flower

 better late than never!

ini drama korea yang pertama aku. ya, aku macam perempuan lain jugak yang minat korea.
dan banyak-banyak drama korea yang aku tengok, INI DRAMA KOREA PALING BESTLAH!dan ini drama korea yang pertama aku tengok tu sebab aku prefer korang tengok drama ni.

empat orang lelaki yang ukhuwwah diorang mantaplah dari tadika, jaga sorang perempuan,,
fuuh, beruntung kot perempuan tuh
serious, korang kena tengok drama ni!

meh aku kasitau sikit sinopsis dia.
alkisah, empat orang kawan baik atau lebih dikenali sebagai f4. sebab diorang empat orang. diorang ini orang kaya-kaya. dari kiri :

WO BIN ayah dia ketua gangster. dia ada ramai kut kumpulan-kumpulan gangster. dia ni tak menonjol sikit dalam drama ni. adakah mungkin sebab dia tak hensem? ><

KIM BUM ni nama dia yang sebenar. nama dia dalam drama ni aku tak tau laa. yi jung kot.?
korang tengok dia senyum, melting tak? dia ni seorang potter. bab-bab tanah liat dia suka laa. tapi, dia ni patah hat dengan first love dia.

GU JON PYO yang ni ketua tu. dia ni anak kepada shin hwa group. kaya gila kot family dia. toke minyak, toke hotel, ada hospital, sekolah perggh, kalau kawin ngan dia ni, confirm goyang kaki je. tujuh keturunan pun tak habis! tapi, dia ni poyo sikit. tak.banyak. penakut lippas. nampak muka hensem, dengan rambut curly-curly. tapi.... takut lipas... ahahaha
JI HO yang ini pula suka music. muka tak hensem,terima kasih.

yang ni pulak GEUM JAN DI, makwe jun pyo. tpi ji ho suka dia.
dia cantik tp bodoh. malas belajar. pasal tu laa orang laki suka perbodohkan dia.

tapi, kalau aku tengok drama ni, aku lagi suka tengok kim bum dengan ga eul.

pergh, semua tengok senyuman membunuh kim bum tuh, boleh melting tahu!

but, if that is guy, memang kita tak boleh percaya sangat.
ceh, bagi kata-kata kejap kat sini.
aku bukan nak buka kelab anti lelaki ek..

tapi dalam banyak-banyak drama cinta korea aku tengok
dalam banyak-banyak novel cinta aku baca,
dah boleh nampak dah dunia cinta tu macam mana
penuh membahayakan!
nampak sangat macam tak suka cinta.
memang aku tak pernah bercinta
tapi berdasarkan aku tengok surrounding aku
kawan-kawan aku
drama-drama cinta
novel cinta.
rasa macam tak percaya dengan cinta

ahaha, curious tak??
macam pakar doktor cinta pula!
oh,ya..!
aku juga bukan kelab anti-cinta ya!
next episode kita cerita!
ikuti pengembaraan menarik aku lepas ini!
kangan lupa tengok drama ni ek!

Thursday, 8 January 2015

iman nak abah! iman nak ummi!

assalamualaikum,guys! (gaya ala-ala gedik gituh!) setelah bersarang lamanya, baru sentuh ini blog.. adoyai!!

okey, esok adik ana terpilih untuk menjadi finalis dalam pertiandingan dj cilik alam ria si kecil. tak caya kan?


okey, sekarang ni ana tolonglah my adiks buat cerpen untuk dia persembahkan. abah pun buat cerpen jugk. maybe kitorg boleh combinekan.. jdi nya, ana nak share cerpen ana. hayati tau! nak hayati lagi buka soundtrack sedih-sedih tau! ana rasa banyak typo.. kalau ada beritahu ye!

                Pada suatu hari, ada seorang budak perempuan yang bernama Iman. Iman itu baik orangnya,Lemah lembut, anak tunggal di keluarganya, dengar cakap orang tua, dan dia seorang yang saaangat comel, macam saya! Iman baru pulang daripada bermain di taman permainan bersama kawan-kawannya. Dia terus berlari masuk ke dalam rumah.

“assalamualaikum! Ummi,abah! Iman dah balik” Iman menjerit keriangan. Umminya yang berada di ruang tamu memberikan senyuman yang sangat manis ke arah Iman.

“ alololo, anak ummi! Gembiranya dia!” ummi iman mencubit pipi iman. Iman tersenyum lalu menyalami tangan umminya.

“ iman, jom kita makan malam! Abah sedang tunggu itu.”

Mereka pun pergi ke ruang makan. Sambil menikmati makan malam, iman membuka cerita,

“ abah tahu tak, tadi iman main kejar-kejar dengan Sarah dan Nini di taman!” iman bercerita sambil mengunyah.

“ iman habiskan makanan di mulut itu baru bercakap.” Umminya menegur.

“hehehe.” Abahnya hanya menggeleng.

“lepas tu kan bah, Sarah kata, ayahnya dah beli beg sekolah baru untuk dia! Beg tu kan yah, cantik sangat! Warna pink, ada gambar frozen kat depan, cantik sangat!!” Iman bercerita dengan penuh semangat.

“ baru 2 minggu cuti sekolah, iman. Awalnya Sarah beli beg sekolah!” kata mamanya.
“ oh, Sarah kata, dia saje je beli awal. Sebab dia suka sangat beg tu. Nanti takut ada orang lain dah beli dulu.”

Iman menyambung, “lepas tu kan ummi, Nini pun kata, dia dah beli pencilbox baru! Cantik sangat pencil box tu ummi! Tadi kat taman, Nini bawa pencilbox tu. Ummi tahu tak, pencilbox tu ada gambar ana muslim kat depan! Cantik sangat! Comel pulak tu! Warna purple!” iman bercerita dengan teruja.

“wah, cantiknya Nini punya pencilbox.” Abah Iman berkata.

“ abah,ummi! Tahu tak esok hari apa?” iman bertanya

“esok,hmm.. esok hari Rabu lah ye, kenapa?” tanya ummi.

“ alaah, takkan tak ingat kot.. okey,okey, esok tarikh berapa?!” tanya iman lagi dengan mata bersinar-sinar.

“erm, 2.12..kenapa?” jawab abahnya pula..

“alah, takkan tak ingat kut.. tarikh tu ada apa?” tanya Iman lagi..

“erm, ada apa ya?” tanya abah Iman pula..

“ alaa, tak pelah kalau ummi abah tak ingat..”kata Iman lemah.

Seusai makan, mereka punn menunaikan solat maghrib secara berjemaah. Malam itu, Iman pergi kee ruangan bacaan di rumahnya untuk membaca majalah ana muslim jilid terbaru. Dia duduk di atas sofa berwarna hijau yang sangat lembut itu.

“iman, kenapa Iman masam je ni dari tadi?” tanya ummi Iman lalu duduk di sebelah kanan Iman.
“ betul tu. Sejak makan tadi, Iman muncung je. Kenapa dengan anak abah ni?” tanya abah Iman pula sambil duduk di sebelah kiri Iman.

“ takde pape..” jawab Iman sambil menggelengkan kepala.

                Hujan lebat diluar menyejukkan lagi suasana.

“iman janganlah sedih. Umi tahulah esok ada apa.” Iman memusingkan kepalanya ke arah umminya.
“esok,birthday iman kan?”kata umminya lagi.

“wah, bestnya! Ummi abah ingat birthday iman!” jerit iman keriangan.

“ esok, kita pergi pasaraya. Iman cakap je iman nak apa. Nanti abah belikan!”kata abah iman.
“haa! Tahun depankan iman nak masuk darjah satu. Iman esok nak pergi kedai ana muslim!” kata iman gembira.

“ iman nak beli apa?’ tanya abah Iman lagi

“iman nak beli pencilbox macam Nini! Iman nak beg sekolah macam Sarah! Tapi, iman nak lagi cantik daripada Sarah! Iman nak beg sekolah warna purple, gmbr ana muslim jugk kat depan!” iman bercerita dengan gembira. Ummi abahnya tersenyum.

“okey, nanti kita pergi kedai ana muslim ye..” ummi iman mengusap kepala iman.

Malam itu, iman bercerita macam-macam. Ummi dan abah Iman setia mendengar iman bercerita.

“ ummi iman takutlah..” kata iman. Ummi iman menyelimutkan Iman.

“aah!!” guruh sabung-menyabung dan hujan turun tanpa henti.

“ Iman tak payah takutlah! Iman kan kuat! Berani! Allahkan ADA” umminya tersenyum.

Iman membaca doa tidur lalu ummi iman menutup lampu bilik. Iman berselawat banyak-banyak. Akhirnya, iman tertidur.

Jam 2 pagi, Iman terbangun dek kerana bunyi guruh sabung menyabung dan hujn tanpa henti serta jeritan dan pekikan orang di luar.

“ bunyi apa tu?” iman tertanya-tanya. Iman membuka tingkap biliknya.

“banyaknya air! Ummi, abah,iman takut!” alangkah terkejutnya Iman apabila melihat banjir yang sangat tinggi paras airnya. Iman berlari mencapai anak patungnya lalu pergi ke bilik ummi dan abahnya. Iman menggoncangkan badan ummi dan abahnya dengn kuat.

“ ummi, abah! Bangun! Iman takut! Iman takut!”

Iman mula menangis. Ummi abahnya bangun daripada tidurnya.

“kenapa iman?” abah iman bertanya sambil menggosok-gosokkn matanya.

“ air! Air! Air banyak kat luar!” iman menangis teresak-esak.

Ummi abahnya terkejut. Abah iman berlari menuju ke tingkap. Alangkah terkejutnya mereka paras air yang sangat tinggi di luar. Ramai orang menjerit kelam-kabut di luar. Berlari-lari menylamatkan diri, memanjat pokok,bumbung rumah untuk menyelamatkan diri. Hujan turun dengan lebatnya tanpa henti dan petir serta guruh sabung menyabung. Memang seperti rheasal kiamat.

“iman! Ummi! Pergi panjat bumbung sekarang! Air sudah tinggi sangat ni!” arah abah Iman dengan kelam kabut.

Abah Iman membantu iman dan umminya menaiki bumbung rumah.

“abah,abah macam mana!?” jerit Iman dari atas bumbung.

“ nanti abah panjat! Abah nak ambil dokumen-dokumen penting dahulu!” jerit abahnya.

“ummi, iman takut!” iman menggigil kesejukan dek terkena hujan.

“iman jangan takut. Ummi ada, Allah ada. Iman zikir banyak-banyak ya!” ummi Iman memeluk iman dengan erat.

“ tolong! Tolong! Kami di atas bumbung ni! Tolong! Tolong!” jerit ummi Iman. Iman turut menjerit meminta pertolongan.

Hujan turun semakin lebat. Paras air semakin tinggi sehingga hanya nampak atap rumah sahaja. Abah Iman juga tidak kelihatan.

“ummi, abah mana? Abah takde! Abah tak naik bumbung lagi! Air dah naik! Ummi!” iman menangis teresak-esak.

Ummi Iman memeluk Iman dengan erat.” Iman sabar ye,nak. Insya Allah abah selamat. Kita doa banyak-banyak ye,sayang...  ya Allah,selamatkanlah suami hamba yaAllah! Selamatkanlah keluarga hamba!” ummi iman turut mengalirkan air mata
.
Kelihatan daripada jauh bot penyelamat datang sarat dengan penumpang. Iman dan umminya berdiri sambil melambaikan tangan meminta tolong.

“tolong! Tolong! Kami disini!” umminya menjerit.

Bot itu mendekati bumbung rumah mereka.”maaf,puan! Hanya seorang sahaja yang muat masuk ke dalam bot ini!”

“iman, iman naik bot tu. Jangan bimbang!” umminya menolong iman menaiki bot penyelamat itu. Iman memegang erat tangan ummimya.

“ ummi,ummi macam mana nanti?” iman menangis.

“jangan risau,puan! Nanti kami akan cuba memminta bot penyelamat yang lain datang ke sini dengan segera.” Ummi Iman mengangguk.

Keesokan harinya, iman menggigil kesejukan dan keseorangan. Umminya tiada lagi untuk mendapatkan iman. Iman melihat kanan dan kirinya. Kelihtn ramai orang yng sedang kesusahan dan kesejukan. Ibu Sarah juga sedang di situ sambil memeluk Sarah dan menenangkannya. Ramai orang sedang baring di situ. Suasana di situ sangat kecoh. Hujan juga tidk henti-henti sejak semalam. Malah, air makin naik.

“ummi, ummi! Ummi kat mana? Iman sorang-sorang kat sini. Iman takut. Iman nak ummi! Iman nak abah! Iman sejuk.” Iman mengigil. Ibu Sarah datang kepada iman sambil menghulurkan selimut dan makanan untuk iman.

“makcik,ummi iman mana? Abah iman mana? Sampai hari ni ummi tiada! Iman nak ummi!” iman menangis. Ibu Sarah menepuk belakang iman.

‘kesian dia. baru darjah satu. Ibu bapanya pula tiada.’ibu Sarah simpati.

Ketika solat zohor, Iman berdoa semahu-mahunya kepada Allah.

“ya Allah! Selamatkanlah abah dan ummi Iman ya Allah! Hari ni hari jadi Iman. Iman tak nak hadiah! Iman nak ummi abah ya Allah! Selamatkan mereka ya Allah!” Iman menangis. Semua orang yang melihat suasana itu berasa sedih.

Tiba-tiba ada orang menyentuh bahu Iman. Iman menoleh kebelakang.

“ummi!!!!!” jerit Iman. Iman memeluk umminya dengan erat. Iman melepaskan rindunya terhadap umminya dengan puas. Keadaan pun menjadi reda.

“ummi, mana abah?”tanya Iman. Umminya mengalirkan air mata sambil menahan sebak.

“ ummi, mana abah? Iman taknak hadiah hari jadi iman, iman nak abah..” tanya Iman lagi.

Ummi iman memeluk iman dengan seerat-eratnya dan mengusap-usap kepala Iman.


The end!!!


Saturday, 7 June 2014

#2 musafir di timur: sebelum mgb di sekolah

Assalamualaikum..sekarang ni  ana ada dekat rest house, Perak. Ceh, update status konon~ okey, berbalik kepada MGBSIM. Sekolah ana buat saringan untuk pergi pertandingan. Memang terbuka kepada semua pelajar Hira’ tak kira SMIH ataupun Maahad, pendek atau rendah, comel atau cantik, semua boleh mencuba. Masa tu ana pun macam nak cuba. Tapi macam malas pun ada. Tiba-tiba, kak jannah datang dekat ana.

Kak jannah kata,”ina,jom! Jom kita masuk mgb! Pergi kelantan tuh!”

Ana mengeluh,”hmm,malaslah.. lagipun ina pandai pertandingan apa je?...”mengeluh lagi.

“ina!! Ina lupa ke? Ina kan pandai pidato bm.. cungkilkanlah bakat tuh!” kak jannah menepuk bahuku.

“pidato bahasa melayu???!! Kak, ina dah lama dah tak pidato, itu pun 3 tahun yang lalu. Gi mana ni..?” mata ana terbuntang.

Kak jannah menggeleng,” cubalah dulu,engko ni,sikit-sikitmengeluh.. kot-kot dapat pergi ke..”

Hmmm..
Dan masa ujian saringan tu ana pergi bersama dengan Khadijah. Dia tu pandai pidato! Bila tengok di kelas yang nak buat saringan tu,tak da sape!! Nampaknya ana dan Khadijah je, tak banyak saringanlah ni hehehe
Tapi, yang terkejut beruknya, mlmh yang jadi pengadil tu suruh ana baca teks sendiri. Pergh, ana mana bawa teks ape-ape! Ana datang lenggang lenggok je tau,siap bersiul lagi! Tak cakap kena bawak teks pun,! Kalau Khadijah,tangan dia dah kertas,teks dia lah tu. Dia pun berpidato pakai teks dia. Fuih,ana dah berpeluh dah... apa yang ana patut buat ni? Nak tarik diri ke tak? Ana dah x ingat dah pidato gaza ana 3 tahun yang lepas,! Ingat sikit je,fuih, gi mana ni? Makin mencurah-curah peluh ana ni bila dengar Khadijah punya pidato,hebat!

Hati ana berkata,’aku tak boleh tarik diri,belum cuba, belum tahu,yeh! Fighting ina fighting!’
Okey,mulalah giliran ana..

“ehem,ehem,mlmh ana baca dia punya permulaan je ek,”

“bacalah.”

“mlmh,sikit je tau.”

“bacalah”

“mlmh,sorrylah takde isi sangat,”

“kamu ni bila nak baca? Mlmh nak balik dah ni,karang mlmh balik!”

“ehehe.. okey,okey”

“ehem,ehem”

Mulalah ana pidato,sentap semua orang,poyo je~

Dan beberapa minggu kemudian,yes,alhamdulillah!!!
Akhirnya,dapat bercuti pergi kelantan!
Oyeh!


Nantikan siri yang ketiga ek...

Assalamualaikum,pekena secangkir cawan air coklat boboiboy...

Tuesday, 3 June 2014

#1-musafir di timur: pengenalan mgbsim14

assalamualaikum!

alhamdulillah,akhirnya,dapat juga ana menaip di sini... setelah berbulan lamanya. sejak masuk sekolah berasrama ni, busy pulak nak post kat blog,busy juga... busy sangatlah tu~ cuti baru-baru ni ana ada mewakili sekolah pergi pertandingan di kelantan pada tarikh 31mei2014-1jun2014.

first of all, mari ana perkenalkan dulu, apa itu mgbsim ni.. apa itu? mgbsim ni stand for Majlis Guru-guru Besar Sekolah Islam Musleh... program ni adalah bertujuan untuk kumpulkan sekolah-sekolah musleh di seluruh malaysia.. pastu, nak eratkan hubungan dengan buat pertandingan..
sekolah-sekolah musleh di seluruh malaysia ni ada 14 buah sekolah iaitu:-

1. sekolah menengah alamin kemaman terengganu
2. sekolah menengah aman kota bharu kelantan
3. sekolah menengah hidayah johor bharu
4.sekolah menengah as-saidiyah seremban negeri sembilan
5. sekolah menengah alamin gombak
6. sekolah menengah alamin bangi
7. sekolah menengah hira' jeram
8. sekolah menengah alfurqan kuala kangsar
9.sekolah menengah alhidayah ipoh perak
10. sekolah menengah tahfiz islah
11. sekolah menengah alitqan shah alam
12. sekolah menengah alislah sungai petani kedah
13. sekolah menengah al-azhar jitra kedah
14. sekolah menengah arab tahfiz pulau pinang

itulah antara sekolah-sekolah musleh di seluruh malaysia.ni baru sekolah menengah,sekolah rendah takk tulis lagi. setakat ni sabah dan sarawak takde lagilah.. sekolah ni ditubuhkan bukan main-main tau,matlamatnya sangat besar! untuk melahirkan insan yang soleh wa musleh dan tau tujuan hidup yang sebenar serta membangunkan islam... dan kami belajar tentang tarbiyah :) nak tahu lebih lanjut, buka ini

berbalik kepada mgbsim ni, antara pertandingan yang dipertandingkan ialah

-tilawah alquran banin banat
-hafazan quran juz 1-5 banin banat
-hafazan quran juz 25-29 banin banat
-khat banin banat
-pidato bahasa melayu banin banat
-pidato bahasa arab banin banat
-pidato bahasa inggeris banin banat
-story telling banin banat
-syarahan hadis banin banat
-choral speaking banat
-nasyid banin banat
-azan banin
-kalam jama'ie

itulah antara acara yang dipertandingkan. yang bestnya di sini, program banin dan banat diasingkan. banin tak boleh tengok banat punya pertandingan dan yang bestnya, banat boleh tengok banin punya pertandingan.!
><

MGBSIM2014 ni adalah mgbsim kali ke-5 diadakan dan setiap tahun buat di sekolah musleh yang berlainan.. dan tahun ini ia diadakan di sekolah menengah aman kelantan!
kecek klate sket!

itulah rupa sekolahnyer...
 
nantikan update ana pada siri yang kedua #2 musafir di timur... ana dah ngantuk, dah takde semangat nak tulis... nanti esok pagi ada semangat balik..tunggu!!

hospital bandar kampung pekan,
kalau salah tolong tunjukkan..

assalamualaikum! jangan lupa baca almulk, 3 kul, doa sebelum tidur.!
dan maafkan kesalahan orang lain..\
see ya,pis yo!


Saturday, 5 April 2014

siri 1- wedding abang ace and kak ira

assalamualaikum!! setelah berbulan lamanya,akhirnya dapat juga ana post something di sini.. rindu weh nak post kat sini tapi tak sempat.. makhlumlah, dah masuk asrama, jarang buka internet, pandai ana beralasan~
sebenarnya ana tengok cerita yang sangat best! tajuk dia, aku ada wali... best!

kalau cerita dia best, novel dia mesti lagi best en.. fatimah syarha yang tulis,my favourite novelist!

alhamdulillah pada 23 mac 2014,21 jamadilawal 1435 abang ace dan kak ira telah berkahwin di dewan alamanda,seksyen 20, shah alam..




TARIKH : 23 MAC 2014 (AHAD) / 21 JAMADIL AWAL 1435 H
TEMPAT : Dewan Alamanda MBSA, Jalan Napoh 20/10, Seksyen 20,40200, Shah Alam, Selangor
Aturcara Majlis :
10.00 a.m :Akad Nikah
12 .00pm -4.00 pm : Jamuan Makan





family ana datang dekat shah alam sehari sebelum majlis. kitorang tidur dekat rumah abang ojan (abang pengantin). esoknya, kitorang buat rombongan ke rumah pengantin perempuan untuk akad nikah dekat sana.



ni kat rumah pengantin perempuan :)



nampak tuh, walaupun muka tersenyum sebenarnya dalam hati, dup dap dup dap ehehe


akad nikahnya start around pukul 10 pagi macam tu.. dan alhamdulillah sekali lafaz sahaja.. sebenarnya seorang bapa menangis karna anak perempuannya telah berkahwin. apasal pulak? kerana, anak perempuannya bukan s
di bawah tanggungannya lagi tapi dibawah tanggungan suaminya.. nampak tak seorang bapa sangat sayang akan anak nya,, 

majlisnya berlaku around 12 pm di dewan alamanda. jadi kitorang pun buat rombongan pergi dewan alamanda. tibatiba dalam perjalanan tu, kitorang nampak satu permandangan yang sangat cantik! serius cantik giga!! cantik! serius! -,- (sambil buka lagu i look i see)




subhanallah!. weh, dah ada kat jepun ke nih?! berangan sekejap en.. tapi, insyaAllah, i will study at there..okey,kumpul duit dulu..



 ni semua sepupu-sepupu perempuan..

alhamdulillah, majlis sangat meriah dan berjalan dengan lancar (ceh, macam buat laporan pulak)
cateringnya pun sedap, buah orennya pun sedap,parking pun banyak (tetibe~) door giftnya pun best..
perut pun dah kenyang,hati pun  dah senang lalala~




ni masa abang ace dan kak ira baru sampai..




pergh,udang galah dan tembikai dia banyak terliur maa! ni makanan dekat meja pengantin.. ummi ana duduk dekat meja pengantin. okey salah,kerusi sebelah pengantin.. tak kan nak duduk atas meja en... 
dengan muka tak malunya ana suruh adik ana minta ummi udang dengan buah tembikai sikit.. hehe..

tembikai tu paling menarik hati <3 tak kan tak boleh buat sndiri~
tapi masalahnya bentuk dia cantik,bulatbulat.. tapi,nanti masuk perut hancur jugak en..

ana mengucapkan tahniah kepada abang ace and kak ira, moga bahagia hingga ke anak cucu...
nanti ana post siri yang kedua pulak, time buka hadiah kawin~ nantikan! dan selamat menunggu~










Friday, 27 December 2013

cara membuat reben use felt

Assalamualaikum,
memang ana dah lama nak tunjukkan cara nak buat reben ni..tapi ana rasa macam busy sesangat, (busy sangat laa tu~ tengok drama korea memanjang~) okey...



jengjengjeng!! so,sebelum mulakan tu,concontrate semua! okey, firstly, mestilah kena sediakan bahan-bahan dia... (macam nak belajar memasak pulek~)



bahan-bahan:

-2 kain felt yang berlainan warna
-gam uhu
-gunting
-benang
-jarum
-butang
-pin (untuk letak kat belakang reben tuh)
-acuan bentuk reben

cara-cara:

FIRSTLY,
baca bismillah :)

SECOND,
buat acuan bentuk reben dulu





THIRD,
potong kain felt mengikut acuan yang dibuat sebentar tadi





ssetiap acuan tu buat 2 tau..

sebab nanti akan jadi macam ni,,



FORTH,



satu, gamkan sikit kat hujung kain felt
dua,lekatkan dari hujung kainn felt kanan ke hujung kain felt kiri
tiga,nanti akan jadi macam ini
empat, buat dua-dua kain felt hitam tu

FIFTH,



satu, letak gam uhu sikit dekat satu je kain felt hitam tu
dua, lekatkan kain felt hitam yang kedua pada kain felt yang telah diletakkan uhu
tiga, tekan sikit supaya dia mlekat
empat, nanti jadi macam ini.. biarkan dulu sampai gam uhu tu kering

SIXTH,



satu, letak gam uhu tu dekat tengah-tengah butang
dua, letak butang yang telah diletak gam uhu dekat tengah-tengah antara kedua-dua kain felt hitam tuh
tigaa, tekan kuat-kuat :)
empat, tunggu sampai kering.. tak lama pun.. nanti jadik macam ni

SEEVENTH,



YANG KELAPAN,


satu, jahitkan kain felt putih tu pada kain felt hitam,tujuan jahit supaya dia x tertanggal.kalau gam je takut tak kuat,nanti tahan lama punya!!
dua,haa,jahit macam gini\
tiga, dan matikan jahitan tu dan gunting

YANG KESEMBILAN,




satu, gamkan belakang pin tu pakai gam uhu jugak
dua, melekatkan pin tu kat belakang kain felt yang tadi kita buat. macam biasa,tunggu sampai kering
tiga, jahit pin tu sekali dengan kain felt tu. untuk kuatkan pin tu supaya tak cabut-cabut
empat, dan hasilnya akan jadi begini...

dan akhirnya....
dan akhirnya....
dan akhirnya.....


SIAP!!!!!


JAJANG! 

senang en,simple en,,(sambil buka lagu mr.simple by suju) boleh lah buat lepas ni en... 
something to askk? jjust ask direct to me ok! 
salam! 
pis yo!

# dedicate to my lovely master chief, kak qilah and all of you yang hebat-hebat gilak!

Tuesday, 24 December 2013

my life: PMR.say what?!

Assalamualaikum,,
ana tetibe terasa nak say something kat blog ni..sudh lama tak ditulis.. *tulis?okey,pelik
then,tadi baru baca hlovate,5 tahun 5 bulan

salah satu ayat yg best,'boys are stupid.throw rocks at them' hahaha,x leh blah betul
"premis satu,i'm smart,
premis dua,i'm a boy,
conclusion: boys are not stupid!" -bat
okey,jangan terasa,,nak penjelasan,bacalah buku ni ek.. *nampak tuh,pandai promote
memang giga best!

go to the main topic..today i want to talk about PMR..ramai dapat result yang gempak.makhlumlah,batch last PMR lah katakan..and i proud to all of them because do the best..then,balik rumah je lepas dapat result tu, ramai yg post kat fb...and absolutely,me too ^^

"alhamdulillah 'ala kulli hal .  thanks to everyone for the support and prayers . All thanks to Allah . 

SPM ada lagi . 
he he he 

kbye tu je" 

i like this post,my friend's post


"Hmm , baru perasan ,, k-poppers mrsm gmc semua straight a .

Loll xD . Thanks EXO , by
Singing ur songs tak ngantuk waktu P.G
 — berasa great."
 this post to..EXO pon bole//~my chingul..

"Allah tunjukkn mrkh ikut usaha kita.. Maybe Allah bagi sikit,supaya nak kita sedar dan buat lebih baik dan Allah bagi banyak sebab supaya uji kita atau you do the best then I give the best... Doaakan untuk ana untuk the next ujian,tidak takabbur dan menjadi matahari yang menyinari,, ! ^^"
hamba Allah

and at my school,15 student get straight A... tahniah!

entahlah,then ana baca satu post daripada sahabat ana ni,
"Tahniah kepada yang dapat keputusan cemerlang dalam PMR. Tahniah juga pada yang tak dapat. InshaAllah ada hikmahnya.

Takziah pada yang tak tahu bersyukur. Eh?"
you know what,my ummi and abah ask me when i got the result,"what your result?"
ana tahu apa perasaan mereka bila tahu ana punya result. kecewa?sedih? macam haru je.
nak buat macam mana,kena beritahu juga..


lol,iklan sekejap

then i said,"4A 5B"
 okey,gambar x jelas *hambek kau nak post sangat#

ummi punya perasaan ana tak dapat tafsirkan macam mana..you know,she smile
she said,"takpe,boleh cuba lagi..ummi nak anak ummi jadik anak solehah :'> "
semua ibu bapa nak anaknya jadi macam tu,anak solehah
tapi,ana rasa ummi ana kecewa juga sebab,she want me success in study too..

lepas dapat result tu, ana dan ummi pergi makan di restoran.then i think,
"kalau aku dapat 9A ni,mesti ummi dengan bangganya beritahu pada kakak cashier kat restoran ni yang anaknya dapat 9A...takpun buat announce kat satu restoran tu yang anaknya dapat 9A pastu belanja satu restoran..hihi"okey,perasan.
my abah pulak cakap begini,

ahaha,dan abah cakap lagi,"lepas ni focus kat hafalam quran pulak." nampak tuh, harapannya amat tinggi.. abah nak ana bawa ummi abah pergi syurga sekali,okey,focus hafal quran.

ni pula perbezaan my trial result and the true,,

semua benda tu PASTI ada hikmahnya,kita tak boleh tak bersyukur,and try to find the hikmah..
ana pernah tertanya-tanya,kenapa result pendidikan islam ana macam tu? you know daripada A jadi B?
terkejut lah jugak..masa trial tu, pendidikan islam ana paling tertinggi dlam kelas #eceh! dan malulah jugak,orang islam,pendidikan islam B? O.0?

kakak : mungkin terlampau yakin sangat kot dapat A
my adik : Allah nak uji tu
my ummi : itu hanya pada kertas,dekat luar,mesti amalkan pendidikan islam tu

then,i got the answered! all of them was right.Allah nak uji ana. cuba imagined,pendidikan islam dapat A, then sombong, xamalkan islam..say what?! Allah nak ana kaji lebih mendalam lagi tentang islam,amalkan, dan sampaikan kepada orang lain.not just A in paper but A in life,Alhamdulillah...!

ana ada sorang kawan ni,tak nak sebut nama dia.


masa trial,dia dapat kedua terakhir dalam kelas..her science is E.. bukan nak malukan dia okey,dengar dulu ceritanya! setiap petang, ana dan dia belajar sama-sama dekat kelas.. ana selalu balik lambat daripada sekolah dalam pukul 6 petang macam tu.. sekolah kitorg tamat pukul 3.40 petang.. rumah dia dekat je dengan sekolah.. dalam satu minit macam tu..

then,kitorg selalu belajar sama-sama..like study group gituh! kadang-kadang ade kawan lain yang join kitorang.ana tengok dia kuat usaha. ada masalah pasal study,terus tanya. takyah malu weh! nak belajar jangan malu bertanya,nanti sesat jalan.. nak pergi KL terpergi China pulak nanti.. *buat lawak ke?

my friend ni busy orangnya..dia pandai berdebat.. dia ni pendebat bahasa melayu..jangan main-main.. ! then, ade satu pertandingan ni,dia kena jadi wakil.team dia hantar dia. dia terpaksa ponteng beberapa kelas untuk buat latihan debat.but she is hardworking girl. after pertandingan tu,dia terus belajar benda yang dia tertinggal masa dalam kelas tu. dia tak pernah putus asa, hei,takde perkataan putus asalah dalam kamus dia..

she always teach me. macam teacher pulekk.ade sekali tu, ana tak pandai buat essay english,dia ajar ana! *winkwink*then, my friend ajar sejarah jugak.. jenuh dia bercerita pasal parameswara lah,terusan wan mat saman lah.. hei,yang lepas jangan diungkit kembali! hahaha dia teruss bercerita dan cerita,dia cerita best! patutlah jadi debaters kan~siap bagi buku latihan sejarah free lagi..woah!
then,ada sekali tu,ana baru hafal kedudukan peta malaysia lepas tau result trial teruk *ahah,kantoi sudaa*
tu pun dengan bantuan my friend yang baik hati.. kalau budak 3 tahun tahu ana x hafal peta malaysia,mesti dia gelakkan ana..

then,her result PMR is,,,


okey, ana terkejut beruk! beruk pun tak terkejut seburuk ana...memang the unexpected! Allah tu memang adil,bukan. bila kita jaga hubungan kita dengan Allah,dengan manusia, Allah pasti akan tolong kita.semoga iman kita makin menaik ye..



my batch name is "the unexpected 15", and memang semua the unexpented laa!

from 2A to 7A
from no A to 3A
from 2A to 4A
from no A to 5A

the unexpeected!Alhamdulillah! Allahuakbar! Iam proud to them! ana harap kita semua akan teruskan perjuangan kerana perjuangan kita belum berakhir.PMR bukanlah segalanya, jangan kecewa kerana banyak lagi ujian yang perlu kita tempuhi kerana nak masuk syurga-NYA bukan senang..amanat daripada sahabat untuk sahabat...bukan daripada emak yang berleter panjang,masuk telinga kanan keluar telinga kiri.. ><

doakan ana dapat diberi kesempatan untuk menghafaz al-quran, menjaga alquran,mengamalkan alquran dan menyampaikan alquran kepada orang lain.moga kita semua dapat menjadi ahli alquran dan mendapat syafaat daripada alquran paada hari kiamat,ameen..

ambil iktibar,sampai-sampaikanlah klau yang baik,tegurlah dengan cara yang paling berhikmah..
ana budak baru belajar,kalau ade typo cakap,grammar salah pun cakap ye..

syukran jazilan,gomawo!
Assalamualaikum.
piss yo!