Saturday 7 June 2014

#2 musafir di timur: sebelum mgb di sekolah

Assalamualaikum..sekarang ni  ana ada dekat rest house, Perak. Ceh, update status konon~ okey, berbalik kepada MGBSIM. Sekolah ana buat saringan untuk pergi pertandingan. Memang terbuka kepada semua pelajar Hira’ tak kira SMIH ataupun Maahad, pendek atau rendah, comel atau cantik, semua boleh mencuba. Masa tu ana pun macam nak cuba. Tapi macam malas pun ada. Tiba-tiba, kak jannah datang dekat ana.

Kak jannah kata,”ina,jom! Jom kita masuk mgb! Pergi kelantan tuh!”

Ana mengeluh,”hmm,malaslah.. lagipun ina pandai pertandingan apa je?...”mengeluh lagi.

“ina!! Ina lupa ke? Ina kan pandai pidato bm.. cungkilkanlah bakat tuh!” kak jannah menepuk bahuku.

“pidato bahasa melayu???!! Kak, ina dah lama dah tak pidato, itu pun 3 tahun yang lalu. Gi mana ni..?” mata ana terbuntang.

Kak jannah menggeleng,” cubalah dulu,engko ni,sikit-sikitmengeluh.. kot-kot dapat pergi ke..”

Hmmm..
Dan masa ujian saringan tu ana pergi bersama dengan Khadijah. Dia tu pandai pidato! Bila tengok di kelas yang nak buat saringan tu,tak da sape!! Nampaknya ana dan Khadijah je, tak banyak saringanlah ni hehehe
Tapi, yang terkejut beruknya, mlmh yang jadi pengadil tu suruh ana baca teks sendiri. Pergh, ana mana bawa teks ape-ape! Ana datang lenggang lenggok je tau,siap bersiul lagi! Tak cakap kena bawak teks pun,! Kalau Khadijah,tangan dia dah kertas,teks dia lah tu. Dia pun berpidato pakai teks dia. Fuih,ana dah berpeluh dah... apa yang ana patut buat ni? Nak tarik diri ke tak? Ana dah x ingat dah pidato gaza ana 3 tahun yang lepas,! Ingat sikit je,fuih, gi mana ni? Makin mencurah-curah peluh ana ni bila dengar Khadijah punya pidato,hebat!

Hati ana berkata,’aku tak boleh tarik diri,belum cuba, belum tahu,yeh! Fighting ina fighting!’
Okey,mulalah giliran ana..

“ehem,ehem,mlmh ana baca dia punya permulaan je ek,”

“bacalah.”

“mlmh,sikit je tau.”

“bacalah”

“mlmh,sorrylah takde isi sangat,”

“kamu ni bila nak baca? Mlmh nak balik dah ni,karang mlmh balik!”

“ehehe.. okey,okey”

“ehem,ehem”

Mulalah ana pidato,sentap semua orang,poyo je~

Dan beberapa minggu kemudian,yes,alhamdulillah!!!
Akhirnya,dapat bercuti pergi kelantan!
Oyeh!


Nantikan siri yang ketiga ek...

Assalamualaikum,pekena secangkir cawan air coklat boboiboy...

Tuesday 3 June 2014

#1-musafir di timur: pengenalan mgbsim14

assalamualaikum!

alhamdulillah,akhirnya,dapat juga ana menaip di sini... setelah berbulan lamanya. sejak masuk sekolah berasrama ni, busy pulak nak post kat blog,busy juga... busy sangatlah tu~ cuti baru-baru ni ana ada mewakili sekolah pergi pertandingan di kelantan pada tarikh 31mei2014-1jun2014.

first of all, mari ana perkenalkan dulu, apa itu mgbsim ni.. apa itu? mgbsim ni stand for Majlis Guru-guru Besar Sekolah Islam Musleh... program ni adalah bertujuan untuk kumpulkan sekolah-sekolah musleh di seluruh malaysia.. pastu, nak eratkan hubungan dengan buat pertandingan..
sekolah-sekolah musleh di seluruh malaysia ni ada 14 buah sekolah iaitu:-

1. sekolah menengah alamin kemaman terengganu
2. sekolah menengah aman kota bharu kelantan
3. sekolah menengah hidayah johor bharu
4.sekolah menengah as-saidiyah seremban negeri sembilan
5. sekolah menengah alamin gombak
6. sekolah menengah alamin bangi
7. sekolah menengah hira' jeram
8. sekolah menengah alfurqan kuala kangsar
9.sekolah menengah alhidayah ipoh perak
10. sekolah menengah tahfiz islah
11. sekolah menengah alitqan shah alam
12. sekolah menengah alislah sungai petani kedah
13. sekolah menengah al-azhar jitra kedah
14. sekolah menengah arab tahfiz pulau pinang

itulah antara sekolah-sekolah musleh di seluruh malaysia.ni baru sekolah menengah,sekolah rendah takk tulis lagi. setakat ni sabah dan sarawak takde lagilah.. sekolah ni ditubuhkan bukan main-main tau,matlamatnya sangat besar! untuk melahirkan insan yang soleh wa musleh dan tau tujuan hidup yang sebenar serta membangunkan islam... dan kami belajar tentang tarbiyah :) nak tahu lebih lanjut, buka ini

berbalik kepada mgbsim ni, antara pertandingan yang dipertandingkan ialah

-tilawah alquran banin banat
-hafazan quran juz 1-5 banin banat
-hafazan quran juz 25-29 banin banat
-khat banin banat
-pidato bahasa melayu banin banat
-pidato bahasa arab banin banat
-pidato bahasa inggeris banin banat
-story telling banin banat
-syarahan hadis banin banat
-choral speaking banat
-nasyid banin banat
-azan banin
-kalam jama'ie

itulah antara acara yang dipertandingkan. yang bestnya di sini, program banin dan banat diasingkan. banin tak boleh tengok banat punya pertandingan dan yang bestnya, banat boleh tengok banin punya pertandingan.!
><

MGBSIM2014 ni adalah mgbsim kali ke-5 diadakan dan setiap tahun buat di sekolah musleh yang berlainan.. dan tahun ini ia diadakan di sekolah menengah aman kelantan!
kecek klate sket!

itulah rupa sekolahnyer...
 
nantikan update ana pada siri yang kedua #2 musafir di timur... ana dah ngantuk, dah takde semangat nak tulis... nanti esok pagi ada semangat balik..tunggu!!

hospital bandar kampung pekan,
kalau salah tolong tunjukkan..

assalamualaikum! jangan lupa baca almulk, 3 kul, doa sebelum tidur.!
dan maafkan kesalahan orang lain..\
see ya,pis yo!


Saturday 5 April 2014

siri 1- wedding abang ace and kak ira

assalamualaikum!! setelah berbulan lamanya,akhirnya dapat juga ana post something di sini.. rindu weh nak post kat sini tapi tak sempat.. makhlumlah, dah masuk asrama, jarang buka internet, pandai ana beralasan~
sebenarnya ana tengok cerita yang sangat best! tajuk dia, aku ada wali... best!

kalau cerita dia best, novel dia mesti lagi best en.. fatimah syarha yang tulis,my favourite novelist!

alhamdulillah pada 23 mac 2014,21 jamadilawal 1435 abang ace dan kak ira telah berkahwin di dewan alamanda,seksyen 20, shah alam..




TARIKH : 23 MAC 2014 (AHAD) / 21 JAMADIL AWAL 1435 H
TEMPAT : Dewan Alamanda MBSA, Jalan Napoh 20/10, Seksyen 20,40200, Shah Alam, Selangor
Aturcara Majlis :
10.00 a.m :Akad Nikah
12 .00pm -4.00 pm : Jamuan Makan





family ana datang dekat shah alam sehari sebelum majlis. kitorang tidur dekat rumah abang ojan (abang pengantin). esoknya, kitorang buat rombongan ke rumah pengantin perempuan untuk akad nikah dekat sana.



ni kat rumah pengantin perempuan :)



nampak tuh, walaupun muka tersenyum sebenarnya dalam hati, dup dap dup dap ehehe


akad nikahnya start around pukul 10 pagi macam tu.. dan alhamdulillah sekali lafaz sahaja.. sebenarnya seorang bapa menangis karna anak perempuannya telah berkahwin. apasal pulak? kerana, anak perempuannya bukan s
di bawah tanggungannya lagi tapi dibawah tanggungan suaminya.. nampak tak seorang bapa sangat sayang akan anak nya,, 

majlisnya berlaku around 12 pm di dewan alamanda. jadi kitorang pun buat rombongan pergi dewan alamanda. tibatiba dalam perjalanan tu, kitorang nampak satu permandangan yang sangat cantik! serius cantik giga!! cantik! serius! -,- (sambil buka lagu i look i see)




subhanallah!. weh, dah ada kat jepun ke nih?! berangan sekejap en.. tapi, insyaAllah, i will study at there..okey,kumpul duit dulu..



 ni semua sepupu-sepupu perempuan..

alhamdulillah, majlis sangat meriah dan berjalan dengan lancar (ceh, macam buat laporan pulak)
cateringnya pun sedap, buah orennya pun sedap,parking pun banyak (tetibe~) door giftnya pun best..
perut pun dah kenyang,hati pun  dah senang lalala~




ni masa abang ace dan kak ira baru sampai..




pergh,udang galah dan tembikai dia banyak terliur maa! ni makanan dekat meja pengantin.. ummi ana duduk dekat meja pengantin. okey salah,kerusi sebelah pengantin.. tak kan nak duduk atas meja en... 
dengan muka tak malunya ana suruh adik ana minta ummi udang dengan buah tembikai sikit.. hehe..

tembikai tu paling menarik hati <3 tak kan tak boleh buat sndiri~
tapi masalahnya bentuk dia cantik,bulatbulat.. tapi,nanti masuk perut hancur jugak en..

ana mengucapkan tahniah kepada abang ace and kak ira, moga bahagia hingga ke anak cucu...
nanti ana post siri yang kedua pulak, time buka hadiah kawin~ nantikan! dan selamat menunggu~