Tuesday 30 July 2013

wanna rich? simple!

*kali ni, tak nak pinjam gambar encik google! lukis sendiri kan best! saya budak baru belajar*



Assalamualaikum para readers, followers and para tetamu comel sekalian!~

Pagi tadi, ana baru dengar tazkirah (peringatan) yang sangat awesome daripada dua orang muallim di sekolah ana >< ,muallim Rais dan muallim Hilmi :) sekolah ana setiap hari ada tazkirah untuk peringatan..
tazkirahnya sangat pendek,ringkas, isinya sangat mantap dengan uwah! sangat sayang kalau ana tak sampaikan kat korang!!
its about sedekah!!

*sila jangan cepat mengeluh dan mengatakan ia bosan,,, lek luu!!! baca sampai habis ek!

adakah kalian semua percaya bahawa sedekah boleh buat kita kaya????

serius! korang percaya atau yakin tak  apa ana cakap ni? percaya dan yakin ni lain tau! percaya tu just i believe it, but tiada tindakan dan yakin pula kita percaya dan kita lakukan.... go back to the main title....
serius! ana bawakan kisah untuk kalian dulu

kisah

ada seorang muallim di sekolah ana, muallim Rais namanya... dia dulu seorang warden di sekolah lain sebelum mengajar di sekolah ana. muallim ni baru jadi warden selama 2 minggu... one day tu, ada orang minta sedekah. muallim pun buka dompet muallim.. see ada duit rm100, rm50, rm5 dan beberapa keping duit rm1 ...

then, muallim tanya dekat kami semua, kalau ada pendatang sedekah, kami nak beri berapa ringgit?
kalau kalian, kalian nak kasi berapa ringgit? *ana tahu, readers mesti kasi banyak, muka baik hati semuanya* kami pelajar ni, jawablah yang kami nak kasi rm1 ... muallim sindir, kami bukan je kasi rm1 , tapi mesti pilih, mana satu duit yang paling buruk,kan? okey, kami tersipu-sipu malu... ada sorang banin yang berani ni, dia kata dia nak sedekah duit syiling je... :)

kami pun tertanya-tanya, muallim beri berapa ringgit untuk orang minta sedekah tu? muallim kata, muallim beri rm5...

selepas itu, muallim dapat berita daripada pengetua sekolah yang muallim jadi warden tu, yang pengetua tu nak beri bonus gaji pada guru guru di situ... muallim pula sangat tahu yang muallim tak akan dapat bonus gaji.. yelah, kerja 2 minggu je kan??? tapi, pengetua tu beri bonus juga pada muallim sebanyak rm500!!

nampak tak disitu! Allah beri rm500 atas muallim derma sebanyak rm5!!!

ia sangat awesome! ana tengok, banyak peniaga-peniaga cina banyak sedekah di masjid sebab diorang tahu, diorang akan mendapat keuntungan!!

tapi, mesti kalian tak perasan yang rm1 yang kalian derma, tak dapat pun ganjarannya???
nak dapat ganjarannya, kalian mestilah yakin Allah akan beri.. kalau tak yakin, macam mana Allah nak beri ganjarannya kan?

okey, sempena 10 malam terakhir ramadhan ni, banyakkanlah lagi sedekah dan cuba sedaya upaya kejat malam lailatlqadar!

Assalamualaikum!
*ingatan juga untuk untuk diri ini yang sering lupa*
*tak kisahlah nak sedekah berapa ringgit asalkan istiqamah dan ikhlas!


----------------------------------------------------------------------------
sila follow!!! #winkwink


Wednesday 24 July 2013

kiroro mirae~

Assalamualaikum,, ><
sudah beribu abad lamanya ana tak post kat sini beribu abad? poyo je . post-post yang lepas asyik cakap pasal giveaway je kan??? entah semangat sangat nak masuk giveaway. ana mula masuk sejak ana menang giveaway "7 days segmen with simplesyara" http://simplesyara.blogspot.com/ ... happy yang tak terhingga.. that is the first GA i follow and that is first time i got win!!! ceh, macam menang lumba lari je..

then sejak tu lah, penuh dengan GA sana sini ..tapi ada 2 kali menang je... tapi, never mine,can try again.. ha! kalian mesti tengah dengar lagu kiroro mirae kan? yelaa sebab ada kat blog awak tahape2 je  ana suka sangatx1000 dengar lagu ni... lagu jepun~  the meaning, terkesan sangat dekat ana dan lagunya sangat mendamaikan... bila tension,dengar lagu ni, soo relax...meaning dia pun osem!


Kiroro – 未来へ (Mirai e)
Kiroro – Menuju Masa Depan

Reff:
ほら 足元を見てごらん (Hora, ashimoto o mite goran)
これがあなたの歩む道 (Kore ga anata no ayumu michi)
ほら 前を見てごらん (Hora, mae o mite goran)
あれがあなたの未来 (Are ga anata no mirai)

Cobalah lihat jejak langkahmu
Ini jalan yang kau tempuh
Cobalah lihat ke depan
Itu masa depanmu

母がくれたたくさんの優しさ (Haha ga kureta takusan no yasashisa)
愛を抱いて歩めと繰り返した (Ai o idaite ayme to kurikaeshita)
あの時はまだ幼くて、意味など知らない
(Anotoki wa mada osanakute, imi nado shiranai)
そんな私の手を握り (Sonna watashi no te o nigiri)
一緒に歩んできた (Issho ni ayunde kita)

Kasih sayang yang telah banyak diberikan oleh bunda
"Melangkahlah dengan cinta di dadamu" katanya berulang kali
Saat itu aku belum dewasa dan belum paham makna yang sesungguhnya
Namun bunda menggengam tanganku
Dan selalu melangkah bersamaku

その優しさを時には嫌がり (Sono yasahsisa o tokiniwa iyagari)
離れた母へ素直になれず (Hanareta haha e sunao ni narezu)

Aku terkadang merasa enggan dengan kasih sayang dari bunda itu
Dan terkadang sulit berkata jujur kepada bunda yang tinggal di tempat yang jauh

Kembali ke Reff:

未来へ向かって (Mirai e mukatte)
ゆっくりと歩いて行こう (Yukkuri to aruite ikou)

Menuju masa depan
Marilah melangkah perlahan


best kan kalau sesuatu lagu tu kita tahu meaning dia??? (nak selit kejap) so, begitu juga dengan
alquran..kalau kita tahu meaning dia and menghayati,mesti kita kata alquran tu awesome and seronok dibaca kan? so, banyak-banyakkanlah baca alquran... lagipula, sekarang ni bulan Ramadhan. kalau baca alquran, berlipat kali ganda pahala kita dapat! ana pun tak baca alquran lagi petng ni.. jom baca alquran!
 


Saturday 13 July 2013

rindunya pada haramain!

Assalamualaikum.... ana rasa seronok update kat sini *winkwink okey,poyo je... cuba teka hari ini berpa ramadhan??? cepat semua, buka kalendar!! pada bulan ramadhaan, siaran televisyen pun sudah tukar banyak kepada ke'ramadhan'an..... tapi siaran yang paling ana suka, jejak rasul.... ramadhan kaali ni, jejakrasul punya topik osem! dia cakap pasal perjalanannya dekat 3 tanah haram.... madinah, mekah dan masjidil aqsa... ana dah pergi mekah dan madinah.. moga2 dapat ke masjidil aqsa...(jangan lupa doa supaya masjidil aqsa sudah bebas ye) bila ana tengok jejakrasul, ana rasa rindu yang teramat2 dekat mekah dan madinah  .. baru bulan 4 yang lepas ana pergi sana.. seronok tak terkata! bila first time nampak kaabah, rasa kaku sekejap... serius dalam kepala otak ni kata, betul ke aku dah sampai kaabah ni? macam tak caye pulak...


ni gambr kitorang kat sana! rindu sangat2! kalau ana cerita pengalaman ana kat sana, memang jenuh lah kalian nak baca,, nanti ana tulis pengalaman ana di sana ye... mesti ada part 1,part 2 ,kan??? apa ana merepek ni -.-"

sampai sini sahaja tinta alphabet ana,,,, salam! buat ibadah banyak2 ye! jangan lupa nanti masa doa selitkan nama ana sekali! >< chewah!

Thursday 11 July 2013

back to neutral

wokeh... tajuk dia macam2 tahape-hape sikit... tapi tajuk ini serius k! so, kepada semua yang baca entry ini, mesti buat muka serius, dan dibaca dengan serius dan mesti buat muka serius! ok, semua SERIUS!


anda ada masalah seperti ini?
baiklah,kita beri contoh....
ada sorang gadis ini.... muka dia baeeek punya cantik! ala-ala yoona..gituh! tapi, dia pun tak tutup aurat.... aktiviti dia setiap hari,bangun tidur, makan,pergi sekolah,belajar,gelak-gelak dengan kawan,keluar dengan kapel, shopping,mandi ,makan,pergi tusyen,tidur.! itulah aktiviti dia setiap hari.... one day tu, dia rasa saaaangaaat BORED dengan aktiviti dia yang sama,dan dia rasa hati dia saaangaat kosong!

dalam fikiran dia, adalah terfikir, kenapa,hidup ini bosan????do the same thing everyday.....and she feel very empty everyday....

kalian tahu tak,apa yang patut buat pasal gadis ini???
haa! di sinilah jawapannya!
 sila dail nombor...
230 5156

itulah ayat al-quran untuk menyatakan tentang tujuan hidup kita!!


TUJUAN HIDUP??

ya!

itulah surah al-baqarah ayat 30 dan surah az-zariyat ayat 56... ce buka Al-quran.... ^^


ohsemnya meow meow

Assalamualaikum wahai bakal-bakal ahli syurga sekalian. acap kali kita mendengar syurga di bawah tapak kaki ibu,kan?? memang dah biasa sangat kita dengar bahawa ibu susah payah melahirkan kita, menjaga kita, menyusukan kita etc..

ana sebenarnya ada sebuah kisah yang hendak dikongsikan kepada anda yang sedang melihat blog ini,, (eceh!) ni berlaku dalam minggu ni juga. kisah ni sangat sedih dan menyayat hati. serius ana tak tipu! sedih sangat! sangat sedih! (asyik sedih je.. bila nak mula ni? :P )



comelkan kucing ni? kucing ini ana ambil daripada mr. google.. ini hanya gambar semata-mata.. ceritanya begini...

 di sekolah ana, ada seekor kucing betina yang sedang sarat bunting, tengah tunggu hari nak bersalin. pada hari isnin yang lepas (30 syaaban), kucing betina ni asyik keluar masuk kelas ana... kucing betina tu tengah cari tempat strategik, sistematik dan selamat untuk melahirkan anaknya... kucing tu ternampak kotak yang sederhana besar di belakang kelas ana.. kucing tu pun menghampiri kotak tu. kotak tu banyak kertas di dalamnya.. (itu sebenarnya kotak recycle) ana rasa, kucing tu nak beranak kat situ sebab dengan kertas-kertas yang berlonggok di dalam kotak recycle tu macam empuk. lagi pula, ada kain buruk kat dalam tu. lagilah senang dia nak beranak dalam tu. memang konsontrasi kita orang terganggulah sebab kucing asyik keluar masuk je kat kelas kita orang (tahulah kelas kita orang cantik kan~) lagi pun, ada di antara classmate ana takut kucing. terjerit-jeritlah mereka. classmate ana yang tak takut kucing pun keluarkan kucing tu daripada kelas. tapi, kucing tu tak serik-serik jugak. asyik masuk je. dah di tutup pintu pun dia masih masuk jugak (ini bukan kisah seram ya!) maybe kucing tu masuk melalui tingkap ke. takpun boleh tembus dinding hehe~ ana pulak tak kisah pun kucing tu masuk dalam kelas sebab kucing tu comel!



pada keesokan harinya (1 ramadhan, bulan yang penuh barakah) , sampai sahaja ana di dalam kelas, terdengarlah ngiauan daripada kotak recycle tu.. rupanya, kucing betina yang sarat mengandung tu, yang asyik masuk kelas ana tu, sudah melahirkan anaknya! 3 ekor! Allahu! comel banget! rasa nak cubit-cubit je pipi ana kucing tu! kalau kalian tengok, mesti kalian kata comel jugak. 3 ekor itu warna kelabu, putih, hitam. semua orang mengerumuni kotak tu. yang takut kucing pun memberanikan diri tengok kucing tu. serius ana tak tipu! kucing tu comel >< ! mak kucing tu jaga anak kucing tu.. so caring! macam ibu kita jugak.. ibu kita selalu jaga kita, belai kita, memandikan kita, beri susu pada kita dan banyak lagi! yang paling tahape-hape nya, kita orang satu kelas namakan kucing tu ramadhan 1, ramadhan 2, ramadhan 3.... hihihhi... bersempana dengan kelahiran mereka,satu ramadhan... sungguh istimewa!

tapi...... pada hari ini, (2 ramadhan) pagi-pagi nak mula belajar, ana masuk kelas je, ana tengok satu kelas kosong! ada ana dan Raudhah je... memang kosong... tak tahulah dia orang satu kelas pergi mana... tiba-tiba, Raudhah terperasan satu benda. kotak recycle yang ada anak kucing tu dah TIADA! ana pun tertanya-tanya juga.. beberapa minit selepas tu, budak kelas ana masuk kelas... ana pun tanya dia orang, kemana korang pergi? mana kucing tu? dia orang masuk kelas pun masam je... what happen???

rupanya, mereka kata, mereka tanam anak kucing yang kat kotak recycle tu sebab anak kucing tu dah MATI!   ya Allah! terkedu ana! tapi tak adalah shock sangat...muallim yang tanam kucing tu.. Syakirah cerita, masa dia sampai kelas je (dia selalu datang awal ke sekolah), dia terus pergi kat kotak recycle tu.. dia suka sangat kucing. so, dia nak tengok lah anak kucing tu. dia nampak, ada seekor kucing jantan, duduk atas anak kucing tiga ekor tu.. mak kucing kepada 3 ekor anak kucing tu macam lagak nak protect anak dia. Syakirah pun terus angkat kucing jantan tu dan halau dia keluar.. Liyana kebetulan ada kat situ, angkat anak kucing tu, keras. 3 ekor anak kucing tu berdarah di badan, muka dan telinga macam nak putus! ya Allah! sebaknya! sedihnya! tu sebab dia orang tanam anak kucing tu... ana terkedu lah jugak... dahlah lahir pada 1 ramadhan, kitorang baru namakan anak kucing tu, kitorang baru plan nak jaga dia.... maybe Allah lebih sayangkan anak kucing yang comel tu... ana rasa anak kucing tu tak sampai 24 jam kelahirannya.  baru hendak melihat dunia.. mata pun masih penuh dengan taik mata dan masih kecil lagi...


kita orang pun buanglah kotak tu sebab kotak tu penuh dengan darah... sedihnya! kesian anak kucing tu... kita orang pun lupakan kesedihan itu dan belajar seperti biasa... tiba-tiba, mak kucing kepada 3 ekor anaknya yang mati tu cari anak dia di kelas kita orang.... dia panjat rak di kelas kita orang dan cari anak dia... dia menghidu-hidu tempat anak dia... dia tercari-cari kotak recycle tu... dia cari di satu kelas kita orang,,, dia terus -menerus mencari.. cari dan cari... siapa yang tengok tu sangat sedih! sayangnya dia pada anak dia! so sweet! ya Allah! sangat menyayat hati.... mak kucing tu masih sedih dengan kematian anak dia...

setelah mak kucing tu penat mencari, dia pun panjat kerusi kosong  di sebelah kawan ana, Sabrina... kerusi tu penghninya absent... mak kucing tu baring dan tutup muka dia.... Sabrina tengok, badan dia terhenjut-henjut, menangis! kesian dia! kucing pun ada perasaan juga... dia pun sayang anak dia...  Sabrina usap-usap mak kucing tu,,, sedih ana tengok... suasana kelas pun macam sayu je...

ana dapat lihat di sini, Allah nak tunjukkan pada manusia yang haiwan yang tiada akal itu pun ada sayang anak dia! tidak seperti zaman kita sekarang! manusia yang ada akal pun buang anak merata-rata... macam nak ulang balik zaman jahiliyyah pada zaman Rasulullah...

punca tak sayang anak ni sebab perangai kita sendiri.... kita kena didik diri kita daripada sekarang... dan  dah tertulis di Al-quran terang bin jelas lagi yang jangan MENDEKATI zina!

buka mata, buka minda, couple pun haram okey... tu dah kira mendekati zina tu,, cakap dengan lelaki benda yang tak penting, chat dengan lelaki mende yang tak penting langsung, post kat FB,istagram, twitter benda yang tak berfaedah...

kalau Rasulullah melihat zaman kita sekarang, mesti baginda sangat sedih..... Allahu!

dan, ana dapat lihat di sini, betapa sayangnya ibu kita pada kita... so ,hargailah ibu kita sementara beliau masih ada ....

pesanan ini di tujukan juga pada ana yang sering lupa dan alpa.... so, baikilah diri kita dan selaulah beristighfar,,,,

Assalamualaikum dan selamat berpuasa!
banyak-banyakkan amal dan cubalah kejar malam lailatul qadar, lebih baik daripada seribu bulan...

Sunday 7 July 2013

sukan oh sukan!

Assalamualaikum! okeh, hari ini ana terlebih happy go lucky! tadi ana nak buka facebook, tapi tetiba dia error pula... mana tahu ada peminat di facebook ke,, kan? okey, berangan lebih.. tak pelah, kita lupakan duka nestapa itu... uhuk :'(  

lagi satu perkara yang membuat ana gembira, ummi kata keadaan rumah hari ini sangat kemas! ummi balik je daripada ceramah, ummi terkejut nampak rumah kemas semacam... ehek! tengoklah siapa yang kemas! ana lah tu! bukan nak sombong eh, tapi ini hakikat... takdelah! astaghfirullah,,, bongkak banget! tapi disebalik kekemasan rumah tu ada 2 sebab kenapa ana kemas rumah... first, sebab kak yah my lovely kakak saudara kata, kita ni senang je nak ambil hati ummi kita, kita buat baik padanya seperti kemas rumah, pasti ibunda kita suka! tapi, ana kemas rumah ikhlas eh! second, sebenarnya kawan kakak datang rumah... malulah kalau rumah bersepahkan??? eheh,,, teruk bebeno perangai! lagi yang membuat ana happy, bang akhi baru balik daripada johor lepas tengok kawan dia accident ,, doakan ya selepas itu, bang akhi bawak balik famous amos!! gembira bukan main!

tangan ini menari menaip sambil makan famous amos... jangan jeles eh! ;)   straight to the point sajelah! apa yang ana mukaddimah tadi takde kaitan dengan tajuk pun kan??? sorry mori ye... ana nak talk about sukan minggu lepas. (kalau muallimah salamiah tahu ana cakap campur BI dan BM  ni pasti dimarah) eheh!

minggu lepas, sekolah al-amin baru habis sukan.. semua permainannya tidak menarik perhatian ana kecuali merentas desa! loh, pasti kalian terkejut kan? semua orang tak nak merentas desa, tapi diri ini nak sangat merentas desa.. kenapa ana minat sangat merentas desa??? sebab ana nak buktikan pada semua orang, perempuan tingginya hanya 140 cm boleh mengalahkan semua yang tinggi lampai! yeah! sebelum merentas desa, ana beria-ia doa nak dapat top 3! sebab, tahun lepas punya merentas desa, ana dapat no. 6.. so, ana target lagi tinggi laa tahun ni..

bukan sahaja ana berdoa, tapi suruh ummi abah doakan jugak! setiap kali ummi abah lepas solat, mesti ana tanya, 'doakan ina dapat top 3 tak?' nampak tuh! semangat berkobar-kobar.. tapi abah jawabkan, 'abah hanya amin kan doa imam dekat surau.. takde pulak dia kata supaya ina dapat top3' pon boleh laa bah! -.-"
 masa ana nak merentas desa pun, ana suruh ummi bacakan yassin untuk ana! dah macam nak ambil PMR pulak! ana sedikit bangga sebab ana yakin sungguh ana boleh menang! nampak tuh,, teruk kan? jangan tiru perangai seperti ini

tapi, pembaca semua nak tahu, apa keputusan daripada merentas desa minggu lepas???


nampak tu,,, sedih yang amat!! :'(  tapi its better laa.. ana dapat no. 12 sebab ana terlampau bangga kot.. yelah, bajet dapat top 3 kan.. bila balik rumah, ummi tanya, malu kot nak jawab... tapi ummi kata' its okeylaa no. 12 ... sebab ina nak top 3 kan???ina dapt top 3!! ina dapat no. 1... ina dapat no. 2 dan,,, 1+2=3!!  ' okey, serba sedikit cool laa hati yang sedih ini.. masa merentas desa itu pun, ana tak sarapan pagi lagi.. tu lah! ana berlagak sangat, ana fikir,nanti masa lari, kalau dah makan pagi, nanti badan berat nak bawa... tahape-hape kan? walhal dengan makan pagi lah menambahkan tenaga... terlebih hyper sangat nak lari... dan masa ana lari tu, tetibe ana terjatuh... malu yang amat! macam nangka busuk tergolek! alhamdulillah kak fathimah tolong. baik sungguh kak fathimah.. ana menyesal jugaklah sebab ana ade terfikir, kalau ada orang lain jatuh, ana kena buat2 tak tau... teruk kan? itulah balasan Allah beri.. nak muhasabah diri balik ... lagi satu, ana terjatuh pun, sebab ana berlari dengan style yang sangat pelik! ana lari style ketam! lompat ketepi.. lain kali ana tak nak lari cenggitu lagi lah! malu je!

hati ana gembira jugalah sebab adik ana yang lelaki dapat no. 3!! daebak kan die?? masa latihan merentas desa, dia dapat no. 2 ,,, saya bangga menjadi kakaknya! eheh..kalau dia buat salah, tak nak mengaku sebagai kakak dialah? ^^ takdelah, adik ana tetap seorang adik yang soleh wa musleh! amin...masa ana di kelas, muallim selalu kata, 'tahulah adik anti dapat no. 3 kan~'

nak tahu, kak fathimah, dapat no. 6!! okeykan? berkat menolong ana, Allah tolong dia... Alhamdulillah jugalah sebab kalau kita nak dapat pingat merentas desa, pingatnya sampai nombor 12.. dapat juga pingat walau nombor lastkan?tapi, Allah tetap beri kesenangan di hati ana sebab, merentas desa under 15, ana adalah banat rumah hijau yang pertama!!! faham tak? under 15, nombor 1-11, semua rumah biru, kuning dan merah... tetibe dah nombor 12 tu, rumah hijau pulak kan?? Alhamdulillah...jadi, ana adalah banat yang pertama rumah hijau yang pertama...sebenarnya Allah maha pengasih dan penyayang...Allah tahu kemampuan kita dan Allah juga mengabulkan doa ana... kalau ana dapat no. 1, terkejut pulak orang!ana kan, tinggi 140 je,,, tapi, Allah kabulkan doa ummi abah sebab kira ok lah tu dapat no.1 dalan rumah hijau kan?? ^^

huh! hah! huh! hah! tangan sudah penat menaip.. moga apa yang ana tulis ni, dapat diambil manfaat juga.. jam sudah menunjukkan 11.50 malam.. esok pun nak sekolah...dan kepada para pembaca sekalian, jangan pula doakan ana PMR 9A ya! terima kasih,,, Assalamualaikum!

Saturday 6 July 2013

okeh,,, its about PRP!!! ^^

ASSALAMUALAIKUM!! okeh hari ni hati berbunga-bunga, gembira tak terkata ... ceh! lebih-lebih pula! hari ni, sekolah ana ada sekolah ganti. semangat yang teramat kot ana nak pergi sekolah! sebab pagi tu, ada perhimpunan! (perhimpunan pun seronok sangat ka?) oh, sudah semestinya! hari ni, kita orang ada barisan pimpinan pelajar yang baru 2013 / 2014 !! ini lah masa yang ditunggu -tunggu sebab ini adalah hasil undian PRP yang lalu! kalian tahu kan PRP tu apa?? sila baca post ana yang last post k! baru kalian tahu jalan ceritanya..

ok... straight to the pointsaja... ini adalah bakal pemimpin sekolah...

 
dari kiri:-
ketua umum : isa bin azland ( abang raudhah~)
unit kokurikulum: isa bin azland
unit penerbitan: firdaus
unit 3K (kebersihan,keceriaan,kekemasan) : izzuddin amran
unit badar: umar
unit taadib : muhsin
unit KRS : ulil anwar (abang ana woo)



dari kiri:-
timbalan ketua umum: husna nabilah
unit badar : husna nabilah
unit KRS : fatini
unit penerbitan : nadia husna
unit kokurikulum: awatif
unit taadib: ummu farhah
unit 3K : delaila (tak hadir)

ha! tengok itu! hebaq-hebaq belako!mereka sedang membaca ikrar..

Tahniah kpd semua MPP
Semoga dapat menjalankan tugas dengan adil & baik
Semoga dipermudahkan segala urusan
Semoga sentiasa kuat n tabah menghadapi segala ujian yg dtg.

Abu Dzar RA pernah bertanya kepada Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Wahai Rasulullah kenapa engkau tidak memberi jawatan kepada saya? Baginda langsung menepukkan tangannya di atas bahuku, kemudian bersabda, "Ya Abu Dzar, sesungguhnya engkau ini lemah dan jawatan itu amanah, pada hari kiamat ia akan menjadi penghinaan dan penyesalan kecuali bagi orang yang mengambilnya dengan haknya dan menunaikan hak jawatan yang menjadi kewajipannya".
(Riwayat Muslim)