Saturday 9 March 2013

you think your life is MOST dificult?


"ahh,kenapa Allah beri ujian sebegini rupa!!"
"kenapa mesti aku?"
"why me?"
"aaah!!"

moga-moga antara kita semua tiada terungkap perkataan seperti di atas..na'uzubillah...ana ada terfikirlah,kenapa kita selalu pentingkan diri sendiri sedangkan orang di luar sana lagi susah dari kita..baru terluka sikit kita sudah mengeluh.orang kudung pun tidak mengeluh,apa lagi kita yang sihat waafiat..


ana selalu mengeluh atas ujian yang Allah beri pada ana..tapi, ana rasa, Allah beri ujian,dugaan atau mussibah, sebab Allah ingat ana. cuba bayangkan,hidup korang tiada ujian langsung.. itu bererti Allah tidak kisah apa yang berlaku dengan korang.. setiap ujian yang Allah beri kepada kita PASTI ada hikmahnya.ataupun Allah mahu kita muhasabah diri balik.

so,mulai detik ini, kita mesti think positive always!
"Allah is the best,ok!"

Friday 8 March 2013

resepi durian crepe!!

assalamualaikum!!!

masa tuh,ana ade pergi satu majlis besday ni, ini kali pertama ana rasa durian crepe!! sedap sangat! subhanallah! tetibe, rasa nak buat pulak resepi ini... ana search di internet dan dah jumpa! kalian pun boleh mencubanya juga. nanti bila ana dah siap buat ana update di sini ya.
 

Tuesday 5 March 2013

analogi R.O.B.O.T


pada zaman 2050 ini, semua manusia telah mempunyai penjaga masing-masing iaitu robot (ayat ana hancur!)
siapa mencipta robot itu?? mesti kalian tertanya-tanyakan? :)

Aida adalah pencipta robot-robot di kota metropolitan itu dan dia dia juga mempunyai robotnya!. hati kecil Aida ada tidak puas hati kerana semua orang mempunyai robot sama seperti Aida. lalu, tiba-tiba, lampu mentol di kepala Aida menyala!she got an idea!

siang malam Aida bertungkus-lumus membuat robot yang LEBIH canggih berbanding orang lain.
akhirnya! siap juga robot yang cantik,canggih,berkilauan dan cun melecun!

Aida pun mengaktifkan robotnya. Aida menyuruh robotnya membelikan Aida buku matematik di PKNS dan Aida memberikan duitnya kepada robot itu.

robot Aida berjalan ke PKNS. di pertengahan jalan. robot KEPUNYAAN aida terserempak dengan robot-robot yang lain. robot-robot yang lain mengajak ribot kepunyaan Aida untuk bermain di taman tema yang berada di sebelah PKNS.

tanpa berfikir panjang, robot kepunyaan Aida pun mengikutinya...
maghrib sudah pun menjelang. setelah robot aida penat bermain, dia pun pulang ke rumah.Aida menanyakan tentang buku matematiknya kepada robotnya.

"oh, aku terlupa nak beli!"kata robotnya
"baiklah,mana duitnya?"tanya Aida
"baru beli tiket untuk main di taman tema! hehehe"kata robot Aida.

kalau anda di situ,apa perasaan anda?????
pasti anda nak off sahaja robot itu kan??

itu hanya analogi...Allah menciptakan kita untuk apa?
beribadah kepada Allah dan menjadi khalifah...
so, apa yang kita buat di dunia ini???

marilah kita muhasabah....


kawad~!

# ini adalah gambar semata-mata dan ia diambil 100% daripada pakcik google :)

"sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berperang di jalan NYA dalam barisan yang teratur, mereka seakan-akan seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh."as-sof:4

ana suka latihan kawad! (poyo je kan?entah ikhlas ke tak~) tapi, bila kita buatlatihan kawad dengan bersungguh-sungguh dan penuh semangat yang membara,kita akan rasa diri kita SMART~

untuk berlatih kawad dan menjadikan diri kita SMART,ana rasa, orang yang memberi arahan kawad perlu berkata begini:

"wahai jundullah-jundullah semua,kita mesti memperkemaskan barisan kita sebelum pergi berperang! biar pihak musuh berasa takut dan gentar!ayuhlah!berusaha!"

siapa musuh kita?
siapa?
NAFSU!
nak berhadapan dengan 'musuh' seekor ini susah tau! mesti menyediakan mental dan fizikal yang mencukupi! kita mesti top-up pahala dan decrease-kan sebanyak-banyaknya dosa.

so, untuk merasakan diri kita ini SMART di mata Allah, mesti top-up pahala dan decrease dosa ya!


Monday 4 March 2013

kemas rumah kamu!!!

LIKE UNTUK INI:

ATAU INI?

rumah bersih,hati gembira!!~ lalalala

tadi, baru sahaja ada acara bersin-membersin bersahut-sahut di rumah!! (apa punya ayat daa)
fuu,banyak habuk bertebangan sanasini...
hidung ni sudah naik gatal dah.
serius!
fikir2 balik,dah berapa lama hang tak bersihkan rumah?
eheheh

kata ustazah nur hafizah musa: kalau rumah kotor,syaitan suka,malaikat sakit! 0.0

bukan syaitan je suka, CIK LI (lipas) CIK CI (cicak) pun suka!!
aigoo!
banyak punya geelii maa..

kalau rumah sepah, nak belajar pun tak nyaman dan dalam keadaan yang saangat HOT!

itu sebablah, islam suruh kita jaga kebersihan!
itu baru mukmin yang cemerlang!
bukan sahaja kita gembira rumah jadi bersih,tapi Allah kasi pahala jugak!

"kebersihan itu sebahagian daripada iman"
so, we must clean our house,k!