okey, esok adik ana terpilih untuk menjadi finalis dalam pertiandingan dj cilik alam ria si kecil. tak caya kan?
okey, sekarang ni ana tolonglah my adiks buat cerpen untuk dia persembahkan. abah pun buat cerpen jugk. maybe kitorg boleh combinekan.. jdi nya, ana nak share cerpen ana. hayati tau! nak hayati lagi buka soundtrack sedih-sedih tau! ana rasa banyak typo.. kalau ada beritahu ye!
Pada
suatu hari, ada seorang budak perempuan yang bernama Iman. Iman itu baik
orangnya,Lemah lembut, anak tunggal di keluarganya, dengar cakap orang tua, dan
dia seorang yang saaangat comel, macam saya! Iman baru pulang daripada bermain
di taman permainan bersama kawan-kawannya. Dia terus berlari masuk ke dalam
rumah.
“assalamualaikum! Ummi,abah! Iman dah balik”
Iman menjerit keriangan. Umminya yang berada di ruang tamu memberikan senyuman
yang sangat manis ke arah Iman.
“ alololo, anak ummi! Gembiranya dia!” ummi
iman mencubit pipi iman. Iman tersenyum lalu menyalami tangan umminya.
“ iman, jom kita makan malam! Abah sedang tunggu
itu.”
Mereka pun pergi ke ruang makan. Sambil menikmati
makan malam, iman membuka cerita,
“ abah tahu tak, tadi iman main kejar-kejar
dengan Sarah dan Nini di taman!” iman bercerita sambil mengunyah.
“ iman habiskan makanan di mulut itu baru
bercakap.” Umminya menegur.
“hehehe.” Abahnya hanya menggeleng.
“lepas tu kan bah, Sarah kata, ayahnya dah
beli beg sekolah baru untuk dia! Beg tu kan yah, cantik sangat! Warna pink, ada
gambar frozen kat depan, cantik sangat!!” Iman bercerita dengan penuh semangat.
“ baru 2 minggu cuti sekolah, iman. Awalnya Sarah
beli beg sekolah!” kata mamanya.
“ oh, Sarah kata, dia saje je beli awal. Sebab
dia suka sangat beg tu. Nanti takut ada orang lain dah beli dulu.”
Iman menyambung, “lepas tu kan ummi, Nini pun
kata, dia dah beli pencilbox baru! Cantik sangat pencil box tu ummi! Tadi kat
taman, Nini bawa pencilbox tu. Ummi tahu tak, pencilbox tu ada gambar ana
muslim kat depan! Cantik sangat! Comel pulak tu! Warna purple!” iman bercerita
dengan teruja.
“wah, cantiknya Nini punya pencilbox.” Abah Iman
berkata.
“ abah,ummi! Tahu tak esok hari apa?” iman
bertanya
“esok,hmm.. esok hari Rabu lah ye, kenapa?”
tanya ummi.
“ alaah, takkan tak ingat kot.. okey,okey,
esok tarikh berapa?!” tanya iman lagi dengan mata bersinar-sinar.
“erm, 2.12..kenapa?” jawab abahnya pula..
“alah, takkan tak ingat kut.. tarikh tu ada
apa?” tanya Iman lagi..
“erm, ada apa ya?” tanya abah Iman pula..
“ alaa, tak pelah kalau ummi abah tak ingat..”kata
Iman lemah.
Seusai makan,
mereka punn menunaikan solat maghrib secara berjemaah. Malam itu, Iman pergi
kee ruangan bacaan di rumahnya untuk membaca majalah ana muslim jilid terbaru. Dia
duduk di atas sofa berwarna hijau yang sangat lembut itu.
“iman, kenapa Iman masam je ni dari tadi?”
tanya ummi Iman lalu duduk di sebelah kanan Iman.
“ betul tu. Sejak makan tadi, Iman muncung je.
Kenapa dengan anak abah ni?” tanya abah Iman pula sambil duduk di sebelah kiri
Iman.
“ takde pape..” jawab Iman sambil
menggelengkan kepala.
Hujan
lebat diluar menyejukkan lagi suasana.
“iman janganlah sedih. Umi tahulah esok ada apa.”
Iman memusingkan kepalanya ke arah umminya.
“esok,birthday iman kan?”kata umminya lagi.
“wah, bestnya! Ummi abah ingat birthday iman!”
jerit iman keriangan.
“ esok, kita pergi pasaraya. Iman cakap je
iman nak apa. Nanti abah belikan!”kata abah iman.
“haa! Tahun depankan iman nak masuk darjah
satu. Iman esok nak pergi kedai ana muslim!” kata iman gembira.
“ iman nak beli apa?’ tanya abah Iman lagi
“iman nak beli pencilbox macam Nini! Iman nak
beg sekolah macam Sarah! Tapi, iman nak lagi cantik daripada Sarah! Iman nak
beg sekolah warna purple, gmbr ana muslim jugk kat depan!” iman bercerita
dengan gembira. Ummi abahnya tersenyum.
“okey, nanti kita pergi kedai ana muslim ye..”
ummi iman mengusap kepala iman.
Malam itu, iman bercerita macam-macam. Ummi dan
abah Iman setia mendengar iman bercerita.
“ ummi iman takutlah..” kata iman. Ummi iman
menyelimutkan Iman.
“aah!!” guruh sabung-menyabung dan hujan turun
tanpa henti.
“ Iman tak payah takutlah! Iman kan kuat! Berani!
Allahkan ADA” umminya tersenyum.
Iman membaca doa tidur lalu ummi iman menutup
lampu bilik. Iman berselawat banyak-banyak. Akhirnya, iman tertidur.
Jam 2 pagi, Iman terbangun dek kerana bunyi
guruh sabung menyabung dan hujn tanpa henti serta jeritan dan pekikan orang di
luar.
“ bunyi apa tu?” iman tertanya-tanya. Iman membuka
tingkap biliknya.
“banyaknya air! Ummi, abah,iman takut!”
alangkah terkejutnya Iman apabila melihat banjir yang sangat tinggi paras
airnya. Iman berlari mencapai anak patungnya lalu pergi ke bilik ummi dan
abahnya. Iman menggoncangkan badan ummi dan abahnya dengn kuat.
“ ummi, abah! Bangun! Iman takut! Iman takut!”
Iman mula menangis. Ummi abahnya bangun
daripada tidurnya.
“kenapa iman?” abah iman bertanya sambil
menggosok-gosokkn matanya.
“ air! Air! Air banyak kat luar!” iman
menangis teresak-esak.
Ummi abahnya
terkejut. Abah iman berlari menuju ke tingkap. Alangkah terkejutnya mereka
paras air yang sangat tinggi di luar. Ramai orang menjerit kelam-kabut di luar.
Berlari-lari menylamatkan diri, memanjat pokok,bumbung rumah untuk
menyelamatkan diri. Hujan turun dengan lebatnya tanpa henti dan petir serta
guruh sabung menyabung. Memang seperti rheasal kiamat.
“iman! Ummi! Pergi panjat
bumbung sekarang! Air sudah tinggi sangat ni!” arah abah Iman dengan kelam
kabut.
Abah Iman membantu
iman dan umminya menaiki bumbung rumah.
“abah,abah macam
mana!?” jerit Iman dari atas bumbung.
“ nanti abah
panjat! Abah nak ambil dokumen-dokumen penting dahulu!” jerit abahnya.
“ummi, iman takut!”
iman menggigil kesejukan dek terkena hujan.
“iman jangan takut.
Ummi ada, Allah ada. Iman zikir banyak-banyak ya!” ummi Iman memeluk iman dengan
erat.
“ tolong! Tolong! Kami
di atas bumbung ni! Tolong! Tolong!” jerit ummi Iman. Iman turut menjerit
meminta pertolongan.
Hujan turun semakin
lebat. Paras air semakin tinggi sehingga hanya nampak atap rumah sahaja. Abah
Iman juga tidak kelihatan.
“ummi, abah mana? Abah
takde! Abah tak naik bumbung lagi! Air dah naik! Ummi!” iman menangis
teresak-esak.
Ummi Iman memeluk
Iman dengan erat.” Iman sabar ye,nak. Insya Allah abah selamat. Kita doa
banyak-banyak ye,sayang... ya
Allah,selamatkanlah suami hamba yaAllah! Selamatkanlah keluarga hamba!” ummi
iman turut mengalirkan air mata
.
Kelihatan daripada
jauh bot penyelamat datang sarat dengan penumpang. Iman dan umminya berdiri
sambil melambaikan tangan meminta tolong.
“tolong! Tolong! Kami
disini!” umminya menjerit.
Bot itu mendekati
bumbung rumah mereka.”maaf,puan! Hanya seorang sahaja yang muat masuk ke dalam
bot ini!”
“iman, iman naik
bot tu. Jangan bimbang!” umminya menolong iman menaiki bot penyelamat itu. Iman
memegang erat tangan ummimya.
“ ummi,ummi macam
mana nanti?” iman menangis.
“jangan risau,puan!
Nanti kami akan cuba memminta bot penyelamat yang lain datang ke sini dengan
segera.” Ummi Iman mengangguk.
Keesokan harinya,
iman menggigil kesejukan dan keseorangan. Umminya tiada lagi untuk mendapatkan
iman. Iman melihat kanan dan kirinya. Kelihtn ramai orang yng sedang kesusahan
dan kesejukan. Ibu Sarah juga sedang di situ sambil memeluk Sarah dan menenangkannya.
Ramai orang sedang baring di situ. Suasana di situ sangat kecoh. Hujan juga
tidk henti-henti sejak semalam. Malah, air makin naik.
“ummi, ummi! Ummi kat
mana? Iman sorang-sorang kat sini. Iman takut. Iman nak ummi! Iman nak abah! Iman
sejuk.” Iman mengigil. Ibu Sarah datang kepada iman sambil menghulurkan selimut
dan makanan untuk iman.
“makcik,ummi iman
mana? Abah iman mana? Sampai hari ni ummi tiada! Iman nak ummi!” iman menangis.
Ibu Sarah menepuk belakang iman.
‘kesian dia. baru
darjah satu. Ibu bapanya pula tiada.’ibu Sarah simpati.
Ketika solat zohor,
Iman berdoa semahu-mahunya kepada Allah.
“ya Allah! Selamatkanlah
abah dan ummi Iman ya Allah! Hari ni hari jadi Iman. Iman tak nak hadiah! Iman nak
ummi abah ya Allah! Selamatkan mereka ya Allah!” Iman menangis. Semua orang
yang melihat suasana itu berasa sedih.
Tiba-tiba ada orang
menyentuh bahu Iman. Iman menoleh kebelakang.
“ummi!!!!!” jerit
Iman. Iman memeluk umminya dengan erat. Iman melepaskan rindunya terhadap
umminya dengan puas. Keadaan pun menjadi reda.
“ummi, mana abah?”tanya
Iman. Umminya mengalirkan air mata sambil menahan sebak.
“ ummi, mana abah? Iman
taknak hadiah hari jadi iman, iman nak abah..” tanya Iman lagi.
Ummi iman memeluk
iman dengan seerat-eratnya dan mengusap-usap kepala Iman.
The end!!!