Monday 4 July 2016

4 99 kali rindu

movie melayu ni aku tengok malam sebelum aku ke gontor. weh, meleleh air mata aku tengok cerita ni. orang duk kemas barang pergi gontor, aku pergi layan cerita ni. memang terbaik!

aku, orang duk menelaah buku untuk PMR, aku malam tu duk layan cerita korea! ini namanya orang yang sudah terasa dirinya pandai.

cerita ni memang insaf habislah!
ini sedikit sinopsisi yang aku copy paste dalamblog orang lain:

99 Kali Rindu menceritakan kisah lelaki bernama Attar (Aeril Zafrel) yang baru kematian isterinya,Saidatul Nafisa (Shima Anuar). Selepas kehilangan isterinya, Attar turut berhijrah untuk menghilangkan kesedihan ditanggungnya. Namun, dalam penghijrahannya dia bertemu dua wanita -Fatin Qalbie (Wawa Zainal) danZazlena (Afiera Riana). Pertemuan di antara Attar dan Zazlena berlaku ketika Attar sedang menyeberangi jalan. Ketika itu Zazlena memandu kereta dengan laju dan melanggar Attar

Rasa bersalah Zazlena menyebabkan Attar dirawat di rumahnya sehingga sembuh. Namun, Miqdad (Adey Syafrien) yang juga abang kepada Zazlena menceritakan kepada Attar mengenai penyakit dihadapi adiknya  yang sudah berputus harapan untuk hidup akibat penyakit barah. Namun setelah Zazlena mengenali Attar ia telah memberikan semangat baru kepadanya


Fatin Qalbie, seorang DJ radio pula diserang orang yang tidak berpuas hati dengannya. Namun, Fatin Qalbie bernasib baik kerana Attar menyelamatkannya. Sejak pertemuan itu timbul bibit rindu Fatin Qalbie terhadap Attar. Akhirnya siapakah yang akan bertakhta di hati Attar atau adakah Hilma Aqila datang menuntut cintanya kembali.

Filem Islamik yang terdapat pengajaran buat kita semua. Setiap yang berlaku adalah dengan kekuasaan Allah. Kita hanya mampu merancang, kalau Allah tak izinkan ia tidak akan terjadi. Kita kena percaya dengan Qada’ dan Qadar.


itulah serba serbi cerita ini. jangan lupa tonton. tak semua cerita melayu yang tiada pengajaran ya! jadi kita kenalah pandai memilih mana yang baik, mana yang buruk!

30 ramadhan 
10;11 PAGI