Monday 4 July 2016

2 reaksi kawan-kawan

sebelum ramadhan 2015

siapa tak sayang sekolah kan? dulu aku sekolah dekat maahad tahfiz hira' jeram
yup,sekolah tu memang terbaik.
ada ustaz ni pernak tanya aku, kenapa aku nak pindah sekolah gontor? bukan sekolah hira' tu bagus ke?
alasan aku, ya, memang tak dapat dinafikan enviroment hira' tu memang penuh dengan biah solehah,tarbiyah, ukhuwah, usrah,mutabaah amal
banyak program yang membangunkan diri.
mean, kalau aku jatuh, rasa takde kekuatan, dalam maksiat,
kawan-kawan kat hira' sentiasa sokong aku. tak kira senior ke junior ke.
we are one happy family at home. susah senang bersama gituh!
tapi, aku memang sukakan cabaran,
bak kata aku,
'pengalaman mematangkan diri'
aku nak belajar hingga ke negeri china.
meski... hanya negara jiran indonesia.. ahaha

mula tu aku nak berahsia dengan kawan-kawan. takmau kasitau sapa-sapa
taknak bagi diorang sedih atas kehilangan aku. chia chia!
lagi satu, aku tak tahu aku lulus ke tak. nak tahu aku boleh masuk sekolah gontor sebab first tu ade ujian. then, pengumuman lulus ke tidak.
kalau tak lulus tu, tak ke malu...

tapi, aku ni jenis takleh simpan rahsia sorang-sorang..
terlepas juga cakap kat batch aku yang aku nak belajar dekat gontor.
tapi aku kasitau batch aku jelaa. 10 orang je pun.


tak ke haru? mereka punyalah sedih.  tapi mereka support aku.
tapi ada jugak bunyi macam ni
"tak takut ke pergi sana,banyak hantu!"
"nanti tak boleh iron baju! iron arang!"
"ina, nanti anti pergi, ana tidur kat katil enti.haha!"
hailah, boleh pula kata gituh?

time aku nak pergi tu, tak ketahuan sangat sebab aku kemas baju time diorang tengah tidur, lagipun aku hantar baju balik rumah sikit-sikit. lagipun time tu cuti balik raya, akhir ramadhan,
conferm ramai yang bawa baju banyak.

malam tu, kitorang satu batch makan NARMI
sempena pemergian aku... tak ke haru. uhuhu

kedai depan sekolah je.. tempat budak hira' selalu lepak..

so, aku pun tak sempat habis hafal quran dekat hira'.
rahmah tanya,
"ina,kesian budak-budak tu tak tahu yang ina pindah. esok beritahulah diorang,"
fikir punya fikir,
esoknya, kitorang kumpulkan budak maahad.
aku yang jadi MC. aku mula tu takde rasa nak nangis pun. bila aku cakap.
"hari ni, ada seorang yang nak pindah sekolah..."
tiba-tiba rahmah pergi buka lagu soundtrack yang sedih punya! aku ni tak boleh nak dengar lagu sedih-sedih ni. tiba-tiba dah leleh. sedu-sedu. tak boleh nak cakap apa-apa.
mereka semua pun tercengang. aiseh!
semua batch aku peluk aku,erat. rasa nak meraung je. ehehe
then, rahmah pun sambung cakap yang aku nak pindah.
semua nangis. terkedu sekejap. terharu.
dari form 1 sampai form 5. aku nampak manisnya ukhuwwah disitu.

ni semua adik-adik junior aku.
adik usrah aku.

semua sedih. bak kata orang, 'setiap pertemuan, ada perpisahan.'
tak gitu?

30 ramadhan
2016
3:01 pagi

No comments: