Saturday 7 June 2014

#2 musafir di timur: sebelum mgb di sekolah

Assalamualaikum..sekarang ni  ana ada dekat rest house, Perak. Ceh, update status konon~ okey, berbalik kepada MGBSIM. Sekolah ana buat saringan untuk pergi pertandingan. Memang terbuka kepada semua pelajar Hira’ tak kira SMIH ataupun Maahad, pendek atau rendah, comel atau cantik, semua boleh mencuba. Masa tu ana pun macam nak cuba. Tapi macam malas pun ada. Tiba-tiba, kak jannah datang dekat ana.

Kak jannah kata,”ina,jom! Jom kita masuk mgb! Pergi kelantan tuh!”

Ana mengeluh,”hmm,malaslah.. lagipun ina pandai pertandingan apa je?...”mengeluh lagi.

“ina!! Ina lupa ke? Ina kan pandai pidato bm.. cungkilkanlah bakat tuh!” kak jannah menepuk bahuku.

“pidato bahasa melayu???!! Kak, ina dah lama dah tak pidato, itu pun 3 tahun yang lalu. Gi mana ni..?” mata ana terbuntang.

Kak jannah menggeleng,” cubalah dulu,engko ni,sikit-sikitmengeluh.. kot-kot dapat pergi ke..”

Hmmm..
Dan masa ujian saringan tu ana pergi bersama dengan Khadijah. Dia tu pandai pidato! Bila tengok di kelas yang nak buat saringan tu,tak da sape!! Nampaknya ana dan Khadijah je, tak banyak saringanlah ni hehehe
Tapi, yang terkejut beruknya, mlmh yang jadi pengadil tu suruh ana baca teks sendiri. Pergh, ana mana bawa teks ape-ape! Ana datang lenggang lenggok je tau,siap bersiul lagi! Tak cakap kena bawak teks pun,! Kalau Khadijah,tangan dia dah kertas,teks dia lah tu. Dia pun berpidato pakai teks dia. Fuih,ana dah berpeluh dah... apa yang ana patut buat ni? Nak tarik diri ke tak? Ana dah x ingat dah pidato gaza ana 3 tahun yang lepas,! Ingat sikit je,fuih, gi mana ni? Makin mencurah-curah peluh ana ni bila dengar Khadijah punya pidato,hebat!

Hati ana berkata,’aku tak boleh tarik diri,belum cuba, belum tahu,yeh! Fighting ina fighting!’
Okey,mulalah giliran ana..

“ehem,ehem,mlmh ana baca dia punya permulaan je ek,”

“bacalah.”

“mlmh,sikit je tau.”

“bacalah”

“mlmh,sorrylah takde isi sangat,”

“kamu ni bila nak baca? Mlmh nak balik dah ni,karang mlmh balik!”

“ehehe.. okey,okey”

“ehem,ehem”

Mulalah ana pidato,sentap semua orang,poyo je~

Dan beberapa minggu kemudian,yes,alhamdulillah!!!
Akhirnya,dapat bercuti pergi kelantan!
Oyeh!


Nantikan siri yang ketiga ek...

Assalamualaikum,pekena secangkir cawan air coklat boboiboy...

Tuesday 3 June 2014

#1-musafir di timur: pengenalan mgbsim14

assalamualaikum!

alhamdulillah,akhirnya,dapat juga ana menaip di sini... setelah berbulan lamanya. sejak masuk sekolah berasrama ni, busy pulak nak post kat blog,busy juga... busy sangatlah tu~ cuti baru-baru ni ana ada mewakili sekolah pergi pertandingan di kelantan pada tarikh 31mei2014-1jun2014.

first of all, mari ana perkenalkan dulu, apa itu mgbsim ni.. apa itu? mgbsim ni stand for Majlis Guru-guru Besar Sekolah Islam Musleh... program ni adalah bertujuan untuk kumpulkan sekolah-sekolah musleh di seluruh malaysia.. pastu, nak eratkan hubungan dengan buat pertandingan..
sekolah-sekolah musleh di seluruh malaysia ni ada 14 buah sekolah iaitu:-

1. sekolah menengah alamin kemaman terengganu
2. sekolah menengah aman kota bharu kelantan
3. sekolah menengah hidayah johor bharu
4.sekolah menengah as-saidiyah seremban negeri sembilan
5. sekolah menengah alamin gombak
6. sekolah menengah alamin bangi
7. sekolah menengah hira' jeram
8. sekolah menengah alfurqan kuala kangsar
9.sekolah menengah alhidayah ipoh perak
10. sekolah menengah tahfiz islah
11. sekolah menengah alitqan shah alam
12. sekolah menengah alislah sungai petani kedah
13. sekolah menengah al-azhar jitra kedah
14. sekolah menengah arab tahfiz pulau pinang

itulah antara sekolah-sekolah musleh di seluruh malaysia.ni baru sekolah menengah,sekolah rendah takk tulis lagi. setakat ni sabah dan sarawak takde lagilah.. sekolah ni ditubuhkan bukan main-main tau,matlamatnya sangat besar! untuk melahirkan insan yang soleh wa musleh dan tau tujuan hidup yang sebenar serta membangunkan islam... dan kami belajar tentang tarbiyah :) nak tahu lebih lanjut, buka ini

berbalik kepada mgbsim ni, antara pertandingan yang dipertandingkan ialah

-tilawah alquran banin banat
-hafazan quran juz 1-5 banin banat
-hafazan quran juz 25-29 banin banat
-khat banin banat
-pidato bahasa melayu banin banat
-pidato bahasa arab banin banat
-pidato bahasa inggeris banin banat
-story telling banin banat
-syarahan hadis banin banat
-choral speaking banat
-nasyid banin banat
-azan banin
-kalam jama'ie

itulah antara acara yang dipertandingkan. yang bestnya di sini, program banin dan banat diasingkan. banin tak boleh tengok banat punya pertandingan dan yang bestnya, banat boleh tengok banin punya pertandingan.!
><

MGBSIM2014 ni adalah mgbsim kali ke-5 diadakan dan setiap tahun buat di sekolah musleh yang berlainan.. dan tahun ini ia diadakan di sekolah menengah aman kelantan!
kecek klate sket!

itulah rupa sekolahnyer...
 
nantikan update ana pada siri yang kedua #2 musafir di timur... ana dah ngantuk, dah takde semangat nak tulis... nanti esok pagi ada semangat balik..tunggu!!

hospital bandar kampung pekan,
kalau salah tolong tunjukkan..

assalamualaikum! jangan lupa baca almulk, 3 kul, doa sebelum tidur.!
dan maafkan kesalahan orang lain..\
see ya,pis yo!