Monday 24 June 2013

PRP vs PRU



konichiwa! assalamualaikum guys! nampak tak title kat atas tuh,,, nampak grand bukan?! sekolah ana tengah panas dan hot bising tentang perkara ini!!!  hot dan panas bukan sama ke? sekolah kami akan mengadakan PRP ala-ala PRU!!! nampak tuh! PRP tu stand for pilihan raya pimpinan,,, memang style die macam PRU!!!! sekolah mengadakan pilihan raya ni untuk memberi kelayakan kepada pelajar untuk menjadi seorang pemimpin di sekolah... nama2 yang layak akan menjadi ketua pada biro taadib, badar, 3k, unit penerbitan,unit kokurikulum dam krs.. calon yang bertanding terdiri daripada form 2 dan 4..hati ini sedih juga sebab form 3 x dapat dicalonkan.. makhlumlah,form 3 mahu study!!(pmr batch last!) menggerunkan! ada 2 hari (isnin dan selasa) untuk penamaan calon...gitu lah gayanya,,, ramai2 pi namakan calon bagi mereka layak untuk menjadi calon-calon untuk PRP,,, dan kita haruslah dan mestilah serta wajiblah memilih calon yang berkaliber!!



 nampak ituh! jangan salah pilih calon!tapi, bagi pelajar yang hendak memilih calon, ia juga mempunyai proses. sila ikuti prosesnya di bawah:-



debaran hati ini semakin laju menunggu siapa bakal calon yang layak... keesokan harinya, nama-nama calon sudah pun di tampal di notice board sekolah... memang berebut- rebutlah pelajar tengok siapakah calon yang layak bertanding.. tidak kalah juga ana niyh!! habis je solat, berlari-lari anaklah tengok kat notice board,,, tak senonoh betul! >.< uih, mak aih! subhanallah! calon-calon die hebaq-hebaq belaka!! (yang poyonya, nama abang ana pun ada menjadi salah seorang calon di situ!) sebagai adiknya yang baik hati, comel serta cantik, ana tumpang bangga sebab abang ana tercalon,, chewah! ramai yang ada cakap-cakap pasal abang ana, ana pun tumpang dengar... mereka x tahu pun ana adeknya, mereka macam nak undi abang ana! uih, bangga banget! hati ana ni menjerit, 'aku adik dia weh! dengar tak? aku adek die!' ceh, poyo je,, melebih-lebih pulak..antara calon banat yang terpilih adalah:-
1. farina F2
2. aqilah F2
3. hanan F2
4. nadiah husna F4
5. husna nabilah F4
6. awatif F4
7. siti hajar F4
8. anis F4
9. fatini F4
10. hanisah F4
11. delaila F4
12.ummu farhah F4
dan lain2 lagi,,, sebenarnya ana terlupa siapa lagi.. eheh..yang banin tu, ana malas nak type eheh


so, selama satu minggu, ade kempen-kempen telah dilakukan..kempen pun perlu ada syaratnya,,



 memang bersepah satu sekolah dengan kertas2 di dinding sekolah,, (undilah fulan bin fulan sebagai pemimpin dan banyak lagi..) serius! sekolah memang sangat sepah dengan tampalan-tampalan di dinding.. tapi dengan tampalan2 tu, membuatkan kami semua makin semangat mahu berkempen!! penolong 3k pun ada kata,' minggu ni, korang semua boleh sepahkan sekolah...kempen lah banyak2!' pergh!! taring jahat pun ada keluar,, boleh sepahkan sekolah??? ehehe... ceh, poyo je! takdelah... ana ni bukannya jahat sangat nak sepahkan sekolah...

bukan sahaja ada yang kempen di sekolah,,, di twitter, handphone dan facebook pun ada!!

antara kempen yang ade di facebook:-










ahah! tengok tuh! bicara mereka pun hebaq-hebaq belaka! memang susah sangatlah nak pilih... kami boleh undi 6 orang daripada 12 orang calon... itulah gamaknya... susah sangatlah... mereka baguih-baguih!!!

dan sebenarnya, tarikh keramat yang di tunggu-tunggu adalah hari semalam (isnin) sebab, semalam adalah hari mengundi!.. tapi, sekolah terpaksa bagi cuti sebab jerebu... Allah dah bagi ujian kepada kita tapi, tak tahulah bila tarikh nak mengundi,,

debaran semakin kuat!! KITA TUNGGU SAHAJA ESOK!! eceh! korang berdebar jugak tak?? eheh..

oklah,, tangan ini sudah amat penat menaip dan mahu tidur,,, ana tidur dulu!assalamualaikum!