Monday 4 July 2016

4 99 kali rindu

movie melayu ni aku tengok malam sebelum aku ke gontor. weh, meleleh air mata aku tengok cerita ni. orang duk kemas barang pergi gontor, aku pergi layan cerita ni. memang terbaik!

aku, orang duk menelaah buku untuk PMR, aku malam tu duk layan cerita korea! ini namanya orang yang sudah terasa dirinya pandai.

cerita ni memang insaf habislah!
ini sedikit sinopsisi yang aku copy paste dalamblog orang lain:

99 Kali Rindu menceritakan kisah lelaki bernama Attar (Aeril Zafrel) yang baru kematian isterinya,Saidatul Nafisa (Shima Anuar). Selepas kehilangan isterinya, Attar turut berhijrah untuk menghilangkan kesedihan ditanggungnya. Namun, dalam penghijrahannya dia bertemu dua wanita -Fatin Qalbie (Wawa Zainal) danZazlena (Afiera Riana). Pertemuan di antara Attar dan Zazlena berlaku ketika Attar sedang menyeberangi jalan. Ketika itu Zazlena memandu kereta dengan laju dan melanggar Attar

Rasa bersalah Zazlena menyebabkan Attar dirawat di rumahnya sehingga sembuh. Namun, Miqdad (Adey Syafrien) yang juga abang kepada Zazlena menceritakan kepada Attar mengenai penyakit dihadapi adiknya  yang sudah berputus harapan untuk hidup akibat penyakit barah. Namun setelah Zazlena mengenali Attar ia telah memberikan semangat baru kepadanya


Fatin Qalbie, seorang DJ radio pula diserang orang yang tidak berpuas hati dengannya. Namun, Fatin Qalbie bernasib baik kerana Attar menyelamatkannya. Sejak pertemuan itu timbul bibit rindu Fatin Qalbie terhadap Attar. Akhirnya siapakah yang akan bertakhta di hati Attar atau adakah Hilma Aqila datang menuntut cintanya kembali.

Filem Islamik yang terdapat pengajaran buat kita semua. Setiap yang berlaku adalah dengan kekuasaan Allah. Kita hanya mampu merancang, kalau Allah tak izinkan ia tidak akan terjadi. Kita kena percaya dengan Qada’ dan Qadar.


itulah serba serbi cerita ini. jangan lupa tonton. tak semua cerita melayu yang tiada pengajaran ya! jadi kita kenalah pandai memilih mana yang baik, mana yang buruk!

30 ramadhan 
10;11 PAGI

3 hantar erfan dan afnan ke KLIA 2

23 julai 2015
6 pagi
KLIA2

oh, lupa nak beritahu! afnan, adik kak nina dan erfan, adik aku pun baru nak daftar gontor. kalau gontor lelaki ni pergi awal sikit. then, beberapa hari lepas itu, gontor perempuan pula.

masa kitorang whole family nak hantar diorang tu, aku tak tahu rasa apa. bercampur baur. gementar? takut? suka?
rasa cuak?

ada orang kata,
"mostly yang masuk gontor ni, bukan sebab dia bijak tapi sebab istiqomah doanya pada Allah."

deep kot ayatnya! muhasabah diri sekejap
'harini dah baca quran?' err, belum
'ma'thurat?' ehehe, tak baca lagi
'novel?' gulp. novel tak membangun diri ada satu.musuhku suamiku.

shila amzah kata,
"love yourself, dream big and make it happen!"


terinspirasi dengan kata-katanya. shila amzah sekarang dah meletop-letop dekat china!

persoalannya di sini,
bila nak berubah?

2 reaksi kawan-kawan

sebelum ramadhan 2015

siapa tak sayang sekolah kan? dulu aku sekolah dekat maahad tahfiz hira' jeram
yup,sekolah tu memang terbaik.
ada ustaz ni pernak tanya aku, kenapa aku nak pindah sekolah gontor? bukan sekolah hira' tu bagus ke?
alasan aku, ya, memang tak dapat dinafikan enviroment hira' tu memang penuh dengan biah solehah,tarbiyah, ukhuwah, usrah,mutabaah amal
banyak program yang membangunkan diri.
mean, kalau aku jatuh, rasa takde kekuatan, dalam maksiat,
kawan-kawan kat hira' sentiasa sokong aku. tak kira senior ke junior ke.
we are one happy family at home. susah senang bersama gituh!
tapi, aku memang sukakan cabaran,
bak kata aku,
'pengalaman mematangkan diri'
aku nak belajar hingga ke negeri china.
meski... hanya negara jiran indonesia.. ahaha

mula tu aku nak berahsia dengan kawan-kawan. takmau kasitau sapa-sapa
taknak bagi diorang sedih atas kehilangan aku. chia chia!
lagi satu, aku tak tahu aku lulus ke tak. nak tahu aku boleh masuk sekolah gontor sebab first tu ade ujian. then, pengumuman lulus ke tidak.
kalau tak lulus tu, tak ke malu...

tapi, aku ni jenis takleh simpan rahsia sorang-sorang..
terlepas juga cakap kat batch aku yang aku nak belajar dekat gontor.
tapi aku kasitau batch aku jelaa. 10 orang je pun.


tak ke haru? mereka punyalah sedih.  tapi mereka support aku.
tapi ada jugak bunyi macam ni
"tak takut ke pergi sana,banyak hantu!"
"nanti tak boleh iron baju! iron arang!"
"ina, nanti anti pergi, ana tidur kat katil enti.haha!"
hailah, boleh pula kata gituh?

time aku nak pergi tu, tak ketahuan sangat sebab aku kemas baju time diorang tengah tidur, lagipun aku hantar baju balik rumah sikit-sikit. lagipun time tu cuti balik raya, akhir ramadhan,
conferm ramai yang bawa baju banyak.

malam tu, kitorang satu batch makan NARMI
sempena pemergian aku... tak ke haru. uhuhu

kedai depan sekolah je.. tempat budak hira' selalu lepak..

so, aku pun tak sempat habis hafal quran dekat hira'.
rahmah tanya,
"ina,kesian budak-budak tu tak tahu yang ina pindah. esok beritahulah diorang,"
fikir punya fikir,
esoknya, kitorang kumpulkan budak maahad.
aku yang jadi MC. aku mula tu takde rasa nak nangis pun. bila aku cakap.
"hari ni, ada seorang yang nak pindah sekolah..."
tiba-tiba rahmah pergi buka lagu soundtrack yang sedih punya! aku ni tak boleh nak dengar lagu sedih-sedih ni. tiba-tiba dah leleh. sedu-sedu. tak boleh nak cakap apa-apa.
mereka semua pun tercengang. aiseh!
semua batch aku peluk aku,erat. rasa nak meraung je. ehehe
then, rahmah pun sambung cakap yang aku nak pindah.
semua nangis. terkedu sekejap. terharu.
dari form 1 sampai form 5. aku nampak manisnya ukhuwwah disitu.

ni semua adik-adik junior aku.
adik usrah aku.

semua sedih. bak kata orang, 'setiap pertemuan, ada perpisahan.'
tak gitu?

30 ramadhan
2016
3:01 pagi

1 keputusanku ke gontor

2015 januari

ya... aku suka buat keputusan drastik. tiba-tiba nak ke gontor indonesia.
aku tahu pasal gontor ni pun sebab ada sorang saudara aku ke sana.
kak nina.
apasal aku pilih gontor ek.

first, sebab macam nampak HEBAT. ahaha

mana tak hebatnya. cucu perempuan yai yang kedua after k.nina belajar luar negara.
luar negara tuu, tak ke hebat?! (angkuh sebentar)
naik flight sorang-sorang, nampak cam style orang besar, selalu keluar negara dengan family kan?
ni sorang-sorang...sambil bawak beg besar, bergaya gituh! ahahah (gelak jahat)
sebab aku ada sorang kawan ni, namanya Nabilah
dia duduk perlis tapi sekolah dekat selangor. kalau balik rumah naik flight sorang-sorang.
see, hebat kan?
padahal tak jauh pun, negara jiran.. kekeke

second, sebab aku dapat tahu daripada kak nina yang gontor ni, ada PIDATO

tu pasal aku nak masuk gontor.
kut-kut dapat jadi pemidato hebat macam abang badr ker,kan?
sebab aku start pidato ni sebab aku join ampac.
start tuh aku berkecimpung dalam dunia pidato ni.
leppas tu, aku diberi peluang mewakili sekolah untuk pertandingan pidato bahasa melayu bawah mbgsim

dan.. aku menang no.satu waa!! (bangga triple)
aku ni kalau dah menang satu benda, aku akan bangga tak ingat dunia. aku rasa aku paling hebat... haha (jangan tiru perangai ini!!)
then, aku try pulak pidato bahasa arab
eceh, aku rasa macam petik jari je
dah pandai bahasa melayu pasti boleh punya bahasa arab.
then, waaa!!( nangis tak berlagu)
bangga punya pasal, time pdato tak ingat pulak skrip.
tak boleh jadi ni!
duum, baru aku tahu langit itu tinggi ke rendah
dan yang pasti aku ini rendah >< kalah teruk
taubat nasuha sekejap. then, muallimah offer aku dengan khadijah untuk couple pidato untuk hari kecemerlangan kat sekolah. Allah bagi peluang dekat aku. then masa practise tu, aku dikritik teruk oleh muallimah... hmmm :(
"mutmainnah ni pandai pidato tak sebenarnya?!"
ceh, muallimah tegur aku! muallimah ni ada hati nak tegur aku. aku pidato no. satu muallimah tu lagilaa tak pernah pidato! (kritikku dalam hati)
nampak tak bongkak kat situ. aku rasa aku hebat
jangan tiru tau!
"orang yang hebat adalah orang yang boleh terima pandangan orang lain dan merendah diri"
then, masa aku tengah pidato, banin ejek-ejek aku. huhuhu.
bila aku bertenang sekejap. hadam baik-baik kata muallimah. cuba terima.
aku pun tengok balik pidato aku tu.
rasa macam nak korek tanah, masukkan dalam tu
malu seyh! teruk gila aku punya pidato. memang patuk dikritik dan digelakkan.
dan sejak tu, aku tanamkan dalam hati
'aku kena belajar lagi'
then aku pindahlah ke gontor. sebab aku tahu di situ, belajar pidato. aku kena belajar lagi.

itulah dua sebab pasal apa aku nak pergi pondok modern darussalam gontor, karangbanyu, jawa timur,indonesia

100 pagi
ramadhan terakhir 2016