Tuesday 13 August 2013

sabor ya abg cashier~!

Assalamualaikum! eid mubarak semua! wikwink~ hari ini ana sudah ada pengalaman baru. tu sebab ana mahu share di sini. makhlumlah, jika kita mahu jadi penulis, mesti kena ada banyak pengalaman kan? ^^

ana dan keluarga ana baru balik daripada shopping dekat bintang. ummi nak beli barang-barang dapur. ana pula nak beli shampoo. tempat barang dapur dan shampoo tempat dia lain-lain. barang dapur tingkat bawah dan barang shampoo dekat tingkat atas. so, kami nak cepat sebab pasaraya bintang nak tutup pukul 10! time tuh dah pukul 9 lebih dah! ayoo~ mana sempat tuh! nak pilih shampoo kena teliti tuh! >< so, ana dan kakak ana pergi berdua dekat tingkat atas.. tempat bayar dia pun lain-lain..

kemudian ana pun pilihlah shampoo. nampak berus gigi teringin lah pulak kan, pastu ambil lah. tetibe nampak hand sanitizer macam best kan?! ambil jugak! alang-alang ummi abah nak belanja kena ambil sebanyak mana yang boleh~ ayoo! banyak cantik, ingat duit tu boleh dapat kat tepi jalan ke?? ^^ kerja banyak kuat2 tuh!
selepas tu ternmpk tisu yg boleh lap minyak muka.. selama ni nmpk kawan-kawan pakai rasa nak try pulk~
yg penting, apa ana nampak semua tangan mencapainya.. takpelah!

selepas itu, ana dan kakak ana tunggu ummi abah naik tingkat atas nak bayar.. sebab barang alatan mandi asing dengan barangan dapur. kami dah tak boleh nak sabar tunggu sebab pasaraya tu dah nak tutup dah. pagar besi tu dah mula nak turun. jadi kami mencapai kata sepakat nak bayar dulu guna duit sendiri.. nanti duit tu tuntut kat abah~ ><

alamak! satu masalah lagi! ana tertinggal duit dekat rumah.. :"(  takpe.. ana tak risau sangat sebab kakak ada duit banyak.. dia suka menabung.. good girl! tapi, dalam dompet kakak ada rm63 je.. moga-moga cukuplah untuk bayar..so, kami beratur di cashier. belakang kami ramai orang beratur nak bayar. dah sampai giliran kami.

mata kami membulat! terkejut!


huh?!
nak tahu harga dia berapa? rm127!! duit dalam dompet kakak ada rm63 je.. ingat nak tolak barang yang dibeli tapi malu pulak kan. ana lagi lah tarak duit. kakak check pulak beg dia. ada banyak sampul duit raya yang dalamnya ada duit. kakak ni kalau pergi raya di rumah orang, ada sampul duit raya dan duit dalamnya, dia terus masukkan dalam beg. tak keluarkan duitnya. so, kami keluarkn sampul duit raya tu untuk bayar duit yang selebihnya. jenuh nak keluarkan duit raya dalam sampul tu. orang belakang tu macam dah marah sebab kami lambat sngat, eheh! sorry lah ye!

jenuh abang cashier tu kira duit seringgit seringgit tu. kesian dia..




agaknya abang cashier tu nak marah macam ni tak? serius kesian kat die.. banyak pulak duit seringgit nya. kakak muka dah macam pakai blusher dah tahan malu. orang beratur belakang dah terjenguk jenguk kami lambat sangat. malu woo! ana ni boleh pulak buat muka toya kan?!

ana cakap kat kakak ," takpe,kak! nanti ina bayar balik" kakak kata takpe takyah bayar, kakak belanja.

serius! kakak selama ni kedekut semacam tetibe takde angin takde ribut nak belanja pulak?  kakak kedekut pun sebab naak mendidik kami adik beradik supaaya bertanggngjawab dan tak boros..

terima kasih kakak!

Sunday 4 August 2013

iftar with my geng comel~!

Assalamualaikum!~

minggu lepas, ana dan 'geng yang comel' buat iftar sama-sama. sebenarnya kami tak rancang pun nak buat iftar tapi tetibe liyana,my frenz nak buat iftar makan kfc.. apa lagi, gembira sungguh hati ini. dah lama kami tak makan sama-sama. yang pergi iftar ialah ana, suraya, mardhiah dan liyana.. kami ni memang giga-giga sikit. syasya tak dapat pergi sebab dia balik kmpung. dan, kalau kita nak buat sesuatu perkara tu, mesti ada niat kan? dan niat kami nak wujud rasa sayang ketat-ketat antara kami kerana Allah dan merapatkan lagi hubungan friend kami. most important, meraikan tamatnya trial PMR!! WOOT! trial pun nak kecoh. belum yang betul-betul punya lagi,kan?

ana dan liyana petang tu kita orang pergi beli kfc.. beratur punya lah panjang! sampai liyana sempat lagi buka twitter dan ambil gambar masuk instagram..  pon bole~ kami beli bungkus sebab nak buka puasa di sekolah.



dalam pukul 6.30 gitu, kita orang tunggu lah yang lain di bangku batu sekolah.sempat lagi bergambo~

memang best ber iftar bersama! nikmatnya! iftar terakhir bersama kawan-kawan sebelum tiba syawal.. *mood sedih

"ramadhan janganjanganjanganjangan kau pergi
Jangan pernah meninggalkan aku sendiri
Aku tak bisa aku tak sanggup bila sendiri"

sambil nyanyi lagu pria band..wuhuuhu.. tukar lirik die~ (ini budak form two yang nyanyi)

yang paling bestnya, lepas terawih, kita orang pergi kelas form two kitorang main cup song.. ahaha takde kejo~`
sebenarnya main cup ini kami belajar daripada budak form one.. best! diorang memang terer giga lah!
kalau liyana, 24 jam dia main cup lepas belajar tuh.. bak kata mardhiah, terlebih nicotine cup song tu~




ingatkan nak main cup song sampai habis tapi tiba-tiba battery camera habis pulak kan.. kalau camtu kalian tengok jelah cup song ini:-


semart kan?!