Thursday 23 May 2013

bahasa arab,,

assalamualaikum,, serius, ana tengok blog ni macam dah berhabuk dah,, siap adasarang labah-labah lgi ,kan?? dah lama ana tak post... makhlumlah, orang jawatan besar mestilah always sibuk,kan.. ceh, bajet je.. (ayat tadi menipu je,tau ;) ) ana busy sebab peperiksaan penggal pertamaplus plus dengan PMR lagi.. adoyai!

tapi, sebaagai orang islam, itu x menjadi masalah! (uih, ana cakap macam pemidato hebat pulak!) ha.. dok ana membebel dari tadi kenapa? begini, ana nal tell pasal keputusan bahasa arab ana yang baru keluar kat SPS,, nak tengok tak?


ok, sorry lah kalau korang x nmpk... korang kena guna kanta spek yang tebal punya! sebab ana pun x nmpk imag yang anaupload niyh... hhihi...bahasa arab ana dAPAT 72.. YIPPE! Alhamdulillah! syukur-syukur... sebab periksa yang lepas ana dapat C tau! ni kira meningkat lah niyh.. nanti PMR dapat A pulak.. ameen..  tapi, yang sedihnya sejarah dapat C.. so, ana kena rajin berusaha lagi untuk meningkatkan prestasi... oyeh! so, maksudnya ana tak boleh nak bukak blog ni dah... :'(   ... (jAngan percaya karna itu semua poyo)

ok, ana sudah penat berceloteh dah... lepas ni, ana ada hari keluarga kat janda baik tapibaju pun x kemas lagi.. aigoo!!

Monday 20 May 2013

oh ummi! i love you veery much!!

thisis a story that I kopi pasta from facebook... for me, this is the best story that why I share at here ... (broken english,,don't laugh :p )

Alkisah sebiji burger…

Malam itu, Kak Fidah bertengkar dengan emaknya lalu melarikan diri dari rumah. Semasa dalam perjalanan, Kak Fidah teringat bahawa dompetnya tertinggal dan dia tiada sebarang duit bersamanya.

Tiada syiling pun menelefon rumah untuk meminta pertolongan.

Pada masa yang sama, perutnya berbunyi kelaparan. Kak Fidah tiba di satu gerai burger ramli, yang baunya mengancam, kelaparannya bertambah.

Kak Fidah harapkan dapat satu burger ayam, tapi dia tiada duit.

Penjual burger yang sedar dengan kehadiran Kak Fidah melihat dia sedang mengigil ketakutan lalu bertanya…

“Adik dah makan belum? Kalau nak, ambil burger ayam ini untuk makan dulu,” kata penjual burger itu.

“Tapi saya tiada duit pakcik,” kata Kak Fidah dengan sipu-sipu.

“Tak apa, pakcik belanja. Mai, duduk sini makan,” kata penjual burger itu sambil membuat satu Milo panas untuk Kak Fidah.

Beberapa minit kemudian, Kak Fidah mengalirkan air mata…

“Mengapa sayang?” tanya penjual burger.

“Tiada apa. Cuma terharu dengan hati baik pakcik,” kata Kak Fidah sambil melapkan air matanya.

“Orang asing macam pakcik boleh bagi burger makan kat Fidah, tapi mak saya, lepas bertengkar dengan saya, dia halau saya keluar rumah. Kejam betul mak saya!” tambah Kak Fidah lagi.

Mendengar kata-kata Kak Fidah, penjual burger mengeluh.

“Adik, mengapa adik fikir begitu? Renungkan semula. Pakcik hanya beri adik satu burger, adik dah rasa terharu dan terhutang. Ibu adik membesarkan adik sejak kecil, mengapa adik tak pula rasa syukur malah bertengkar dengan ibu adik?” kata penjual burger itu.

Kak Fidah amat terkejut dengan jawapan itu, dan selepas berterima kasih dengan pakcik burger, dia terus berjalan menuju ke rumahnya.

Dalam perjalanan Kak Fidah asyik terfikir…

“Mengapa selama ini saya tidak terfikir perkara itu? Satu burger daripada seorang yang asing boleh membuat saya rasa terhutang, tapi mak saya yang membesarkan saya sejak kecil dan saya tidak berasa sedemikian, walaupun sikit.”

Kak Fidah memikirkan apa yang perlu dikatakan kepada emaknya apabila dia tiba di rumah… “Maafkan saya mak. Semua salah Fidah… maafkan saya mak.”

Sejurus tiba di rumah, Kak Fidah melihat wajah maknya yang penuh kebimbangan bertukar menjadi lega melihat kepulangannya setelah puas mencari…

“Fidah masuk. Mungkin dah lapar. Mak dah masak, jom makan,” kata maknya.

Fidah terus menangis di tangan maknya…

Di dalam kehidupan, kita mudah menghargai perkara-perkara kecil yang dilakukan orang sekeliling kita, tapi untuk ahli keluarga kita sering merasakan apa yang dikorbankan mereka adalah normal dan patut dilakukan tanpa sebarang penghargaan.

Kasih sayang ibu-bapa dan keprihatinan mereka kepada kita adalah perkara paling berharga kurniaan Allah pada kita sejak dilahirkan. Ibubapa tidak pernah mengharap anak-anaknya membayar kembali kos membesarkan mereka… tapi pernahkah kita menghargai dan bersyukur dengan pengorbanan tanpa syarat ibubapa kita?

Minggu depan cuti sekolah. Baliklah berjumpa ibu-bapa ya.

Senyum

Friday 3 May 2013

ana nak balik!! :'(

the sad moment yesterday..
before that, Assalamualaikum,guys!

nothing sangat pun.. semalam, ana tuisyen.then, habis tuisyen pukul 10 malam. selepas itu, ana tunggu punya tunggu nk balik..tunggu mak ana ambil or abang ana ambil.. tapi, nothing! takde sape yg ambil ana! kat situ tinggal kawan ana (itu pun ana x kenal~), dengan 2 org budk laki (sama batch dgn ana)...

tapi menakutkan! cuba bayangkn, kalau budak perempuan tu balik,,,menakutkn kot!
ingat kalau ummi lambat ambil ana,ana tekad nak jalan kaki balik rumah.tapi bila teringat anjig banyak tepi jalan tu, x jadi nak jalan kaki..
ana nak balik!(hati kecil ana menjerit!)
time tu ana lupa pulk nk bawak hp..
sedih nya.. ana tengok diorg semua sibuk menghadp hp msing2.. canggih2 tu!
ana time tu takut sangat so, ana berzikir pada Allah.. manusia ni memang cepat lupa diri... bila takut,sedih, sakit, baru ingat pada Allah.bergantung pada Allah...bile happy,lupa pada Allah..
25 minit kemudian, baru mak ana datang..

hati ni dah menjerit nk nangis (ceh,poyo je)
ana ingat nk tanye kenapa lambat dtg tpi sblm tu ana dgr dulu alasan ummi ana..
ummi pun mula bersuara.. ummi kata, semua orang dalam rumah tertidur..tiba-tiba ummi terbangun.. ummi ingatkan time tu pukul 12 malam..tapi, ummi check pintu rumah tak tutup lgi..biasanya b, anwar akn kunci rumah. ummi cari bang anwar, dan ummi jumpa bang anwar tgh tidur.. snrnya hari tu bang anwar pegi tuisyen jugk..

ummi terkejut! mana ana? ana tak balik lagi ke? ummi check satu rumah, tengok ana x de kat rumah.
ummi terus ambil kunci kereta dan capai mana2 tudung yg ummi nmpk dan terus ambil ana.... dlm hati ummi, ummi takut ana jdi apa2... kena culik ke,atau apa2 ke,,, dan x mungkin lh ana berani nk balik sndiri sbb kt luar tu gelap gelita..

ummi cerita kt ana smbil MENANGIS! terharu ana! ummi sayang kt ana! ummi, ana sayang ummi jugk!

Allah dgr isi hati ana.. masa ana tunggu ana zikir kpd Allah, bergntung pd Allah... dan Allah kejutkn ummi utk ambil ana.. subhanallah!