Sunday, 7 July 2013

sukan oh sukan!

Assalamualaikum! okeh, hari ini ana terlebih happy go lucky! tadi ana nak buka facebook, tapi tetiba dia error pula... mana tahu ada peminat di facebook ke,, kan? okey, berangan lebih.. tak pelah, kita lupakan duka nestapa itu... uhuk :'(  

lagi satu perkara yang membuat ana gembira, ummi kata keadaan rumah hari ini sangat kemas! ummi balik je daripada ceramah, ummi terkejut nampak rumah kemas semacam... ehek! tengoklah siapa yang kemas! ana lah tu! bukan nak sombong eh, tapi ini hakikat... takdelah! astaghfirullah,,, bongkak banget! tapi disebalik kekemasan rumah tu ada 2 sebab kenapa ana kemas rumah... first, sebab kak yah my lovely kakak saudara kata, kita ni senang je nak ambil hati ummi kita, kita buat baik padanya seperti kemas rumah, pasti ibunda kita suka! tapi, ana kemas rumah ikhlas eh! second, sebenarnya kawan kakak datang rumah... malulah kalau rumah bersepahkan??? eheh,,, teruk bebeno perangai! lagi yang membuat ana happy, bang akhi baru balik daripada johor lepas tengok kawan dia accident ,, doakan ya selepas itu, bang akhi bawak balik famous amos!! gembira bukan main!

tangan ini menari menaip sambil makan famous amos... jangan jeles eh! ;)   straight to the point sajelah! apa yang ana mukaddimah tadi takde kaitan dengan tajuk pun kan??? sorry mori ye... ana nak talk about sukan minggu lepas. (kalau muallimah salamiah tahu ana cakap campur BI dan BM  ni pasti dimarah) eheh!

minggu lepas, sekolah al-amin baru habis sukan.. semua permainannya tidak menarik perhatian ana kecuali merentas desa! loh, pasti kalian terkejut kan? semua orang tak nak merentas desa, tapi diri ini nak sangat merentas desa.. kenapa ana minat sangat merentas desa??? sebab ana nak buktikan pada semua orang, perempuan tingginya hanya 140 cm boleh mengalahkan semua yang tinggi lampai! yeah! sebelum merentas desa, ana beria-ia doa nak dapat top 3! sebab, tahun lepas punya merentas desa, ana dapat no. 6.. so, ana target lagi tinggi laa tahun ni..

bukan sahaja ana berdoa, tapi suruh ummi abah doakan jugak! setiap kali ummi abah lepas solat, mesti ana tanya, 'doakan ina dapat top 3 tak?' nampak tuh! semangat berkobar-kobar.. tapi abah jawabkan, 'abah hanya amin kan doa imam dekat surau.. takde pulak dia kata supaya ina dapat top3' pon boleh laa bah! -.-"
 masa ana nak merentas desa pun, ana suruh ummi bacakan yassin untuk ana! dah macam nak ambil PMR pulak! ana sedikit bangga sebab ana yakin sungguh ana boleh menang! nampak tuh,, teruk kan? jangan tiru perangai seperti ini

tapi, pembaca semua nak tahu, apa keputusan daripada merentas desa minggu lepas???


nampak tu,,, sedih yang amat!! :'(  tapi its better laa.. ana dapat no. 12 sebab ana terlampau bangga kot.. yelah, bajet dapat top 3 kan.. bila balik rumah, ummi tanya, malu kot nak jawab... tapi ummi kata' its okeylaa no. 12 ... sebab ina nak top 3 kan???ina dapt top 3!! ina dapat no. 1... ina dapat no. 2 dan,,, 1+2=3!!  ' okey, serba sedikit cool laa hati yang sedih ini.. masa merentas desa itu pun, ana tak sarapan pagi lagi.. tu lah! ana berlagak sangat, ana fikir,nanti masa lari, kalau dah makan pagi, nanti badan berat nak bawa... tahape-hape kan? walhal dengan makan pagi lah menambahkan tenaga... terlebih hyper sangat nak lari... dan masa ana lari tu, tetibe ana terjatuh... malu yang amat! macam nangka busuk tergolek! alhamdulillah kak fathimah tolong. baik sungguh kak fathimah.. ana menyesal jugaklah sebab ana ade terfikir, kalau ada orang lain jatuh, ana kena buat2 tak tau... teruk kan? itulah balasan Allah beri.. nak muhasabah diri balik ... lagi satu, ana terjatuh pun, sebab ana berlari dengan style yang sangat pelik! ana lari style ketam! lompat ketepi.. lain kali ana tak nak lari cenggitu lagi lah! malu je!

hati ana gembira jugalah sebab adik ana yang lelaki dapat no. 3!! daebak kan die?? masa latihan merentas desa, dia dapat no. 2 ,,, saya bangga menjadi kakaknya! eheh..kalau dia buat salah, tak nak mengaku sebagai kakak dialah? ^^ takdelah, adik ana tetap seorang adik yang soleh wa musleh! amin...masa ana di kelas, muallim selalu kata, 'tahulah adik anti dapat no. 3 kan~'

nak tahu, kak fathimah, dapat no. 6!! okeykan? berkat menolong ana, Allah tolong dia... Alhamdulillah jugalah sebab kalau kita nak dapat pingat merentas desa, pingatnya sampai nombor 12.. dapat juga pingat walau nombor lastkan?tapi, Allah tetap beri kesenangan di hati ana sebab, merentas desa under 15, ana adalah banat rumah hijau yang pertama!!! faham tak? under 15, nombor 1-11, semua rumah biru, kuning dan merah... tetibe dah nombor 12 tu, rumah hijau pulak kan?? Alhamdulillah...jadi, ana adalah banat yang pertama rumah hijau yang pertama...sebenarnya Allah maha pengasih dan penyayang...Allah tahu kemampuan kita dan Allah juga mengabulkan doa ana... kalau ana dapat no. 1, terkejut pulak orang!ana kan, tinggi 140 je,,, tapi, Allah kabulkan doa ummi abah sebab kira ok lah tu dapat no.1 dalan rumah hijau kan?? ^^

huh! hah! huh! hah! tangan sudah penat menaip.. moga apa yang ana tulis ni, dapat diambil manfaat juga.. jam sudah menunjukkan 11.50 malam.. esok pun nak sekolah...dan kepada para pembaca sekalian, jangan pula doakan ana PMR 9A ya! terima kasih,,, Assalamualaikum!

No comments: