Thursday, 11 July 2013

ohsemnya meow meow

Assalamualaikum wahai bakal-bakal ahli syurga sekalian. acap kali kita mendengar syurga di bawah tapak kaki ibu,kan?? memang dah biasa sangat kita dengar bahawa ibu susah payah melahirkan kita, menjaga kita, menyusukan kita etc..

ana sebenarnya ada sebuah kisah yang hendak dikongsikan kepada anda yang sedang melihat blog ini,, (eceh!) ni berlaku dalam minggu ni juga. kisah ni sangat sedih dan menyayat hati. serius ana tak tipu! sedih sangat! sangat sedih! (asyik sedih je.. bila nak mula ni? :P )



comelkan kucing ni? kucing ini ana ambil daripada mr. google.. ini hanya gambar semata-mata.. ceritanya begini...

 di sekolah ana, ada seekor kucing betina yang sedang sarat bunting, tengah tunggu hari nak bersalin. pada hari isnin yang lepas (30 syaaban), kucing betina ni asyik keluar masuk kelas ana... kucing betina tu tengah cari tempat strategik, sistematik dan selamat untuk melahirkan anaknya... kucing tu ternampak kotak yang sederhana besar di belakang kelas ana.. kucing tu pun menghampiri kotak tu. kotak tu banyak kertas di dalamnya.. (itu sebenarnya kotak recycle) ana rasa, kucing tu nak beranak kat situ sebab dengan kertas-kertas yang berlonggok di dalam kotak recycle tu macam empuk. lagi pula, ada kain buruk kat dalam tu. lagilah senang dia nak beranak dalam tu. memang konsontrasi kita orang terganggulah sebab kucing asyik keluar masuk je kat kelas kita orang (tahulah kelas kita orang cantik kan~) lagi pun, ada di antara classmate ana takut kucing. terjerit-jeritlah mereka. classmate ana yang tak takut kucing pun keluarkan kucing tu daripada kelas. tapi, kucing tu tak serik-serik jugak. asyik masuk je. dah di tutup pintu pun dia masih masuk jugak (ini bukan kisah seram ya!) maybe kucing tu masuk melalui tingkap ke. takpun boleh tembus dinding hehe~ ana pulak tak kisah pun kucing tu masuk dalam kelas sebab kucing tu comel!



pada keesokan harinya (1 ramadhan, bulan yang penuh barakah) , sampai sahaja ana di dalam kelas, terdengarlah ngiauan daripada kotak recycle tu.. rupanya, kucing betina yang sarat mengandung tu, yang asyik masuk kelas ana tu, sudah melahirkan anaknya! 3 ekor! Allahu! comel banget! rasa nak cubit-cubit je pipi ana kucing tu! kalau kalian tengok, mesti kalian kata comel jugak. 3 ekor itu warna kelabu, putih, hitam. semua orang mengerumuni kotak tu. yang takut kucing pun memberanikan diri tengok kucing tu. serius ana tak tipu! kucing tu comel >< ! mak kucing tu jaga anak kucing tu.. so caring! macam ibu kita jugak.. ibu kita selalu jaga kita, belai kita, memandikan kita, beri susu pada kita dan banyak lagi! yang paling tahape-hape nya, kita orang satu kelas namakan kucing tu ramadhan 1, ramadhan 2, ramadhan 3.... hihihhi... bersempana dengan kelahiran mereka,satu ramadhan... sungguh istimewa!

tapi...... pada hari ini, (2 ramadhan) pagi-pagi nak mula belajar, ana masuk kelas je, ana tengok satu kelas kosong! ada ana dan Raudhah je... memang kosong... tak tahulah dia orang satu kelas pergi mana... tiba-tiba, Raudhah terperasan satu benda. kotak recycle yang ada anak kucing tu dah TIADA! ana pun tertanya-tanya juga.. beberapa minit selepas tu, budak kelas ana masuk kelas... ana pun tanya dia orang, kemana korang pergi? mana kucing tu? dia orang masuk kelas pun masam je... what happen???

rupanya, mereka kata, mereka tanam anak kucing yang kat kotak recycle tu sebab anak kucing tu dah MATI!   ya Allah! terkedu ana! tapi tak adalah shock sangat...muallim yang tanam kucing tu.. Syakirah cerita, masa dia sampai kelas je (dia selalu datang awal ke sekolah), dia terus pergi kat kotak recycle tu.. dia suka sangat kucing. so, dia nak tengok lah anak kucing tu. dia nampak, ada seekor kucing jantan, duduk atas anak kucing tiga ekor tu.. mak kucing kepada 3 ekor anak kucing tu macam lagak nak protect anak dia. Syakirah pun terus angkat kucing jantan tu dan halau dia keluar.. Liyana kebetulan ada kat situ, angkat anak kucing tu, keras. 3 ekor anak kucing tu berdarah di badan, muka dan telinga macam nak putus! ya Allah! sebaknya! sedihnya! tu sebab dia orang tanam anak kucing tu... ana terkedu lah jugak... dahlah lahir pada 1 ramadhan, kitorang baru namakan anak kucing tu, kitorang baru plan nak jaga dia.... maybe Allah lebih sayangkan anak kucing yang comel tu... ana rasa anak kucing tu tak sampai 24 jam kelahirannya.  baru hendak melihat dunia.. mata pun masih penuh dengan taik mata dan masih kecil lagi...


kita orang pun buanglah kotak tu sebab kotak tu penuh dengan darah... sedihnya! kesian anak kucing tu... kita orang pun lupakan kesedihan itu dan belajar seperti biasa... tiba-tiba, mak kucing kepada 3 ekor anaknya yang mati tu cari anak dia di kelas kita orang.... dia panjat rak di kelas kita orang dan cari anak dia... dia menghidu-hidu tempat anak dia... dia tercari-cari kotak recycle tu... dia cari di satu kelas kita orang,,, dia terus -menerus mencari.. cari dan cari... siapa yang tengok tu sangat sedih! sayangnya dia pada anak dia! so sweet! ya Allah! sangat menyayat hati.... mak kucing tu masih sedih dengan kematian anak dia...

setelah mak kucing tu penat mencari, dia pun panjat kerusi kosong  di sebelah kawan ana, Sabrina... kerusi tu penghninya absent... mak kucing tu baring dan tutup muka dia.... Sabrina tengok, badan dia terhenjut-henjut, menangis! kesian dia! kucing pun ada perasaan juga... dia pun sayang anak dia...  Sabrina usap-usap mak kucing tu,,, sedih ana tengok... suasana kelas pun macam sayu je...

ana dapat lihat di sini, Allah nak tunjukkan pada manusia yang haiwan yang tiada akal itu pun ada sayang anak dia! tidak seperti zaman kita sekarang! manusia yang ada akal pun buang anak merata-rata... macam nak ulang balik zaman jahiliyyah pada zaman Rasulullah...

punca tak sayang anak ni sebab perangai kita sendiri.... kita kena didik diri kita daripada sekarang... dan  dah tertulis di Al-quran terang bin jelas lagi yang jangan MENDEKATI zina!

buka mata, buka minda, couple pun haram okey... tu dah kira mendekati zina tu,, cakap dengan lelaki benda yang tak penting, chat dengan lelaki mende yang tak penting langsung, post kat FB,istagram, twitter benda yang tak berfaedah...

kalau Rasulullah melihat zaman kita sekarang, mesti baginda sangat sedih..... Allahu!

dan, ana dapat lihat di sini, betapa sayangnya ibu kita pada kita... so ,hargailah ibu kita sementara beliau masih ada ....

pesanan ini di tujukan juga pada ana yang sering lupa dan alpa.... so, baikilah diri kita dan selaulah beristighfar,,,,

Assalamualaikum dan selamat berpuasa!
banyak-banyakkan amal dan cubalah kejar malam lailatul qadar, lebih baik daripada seribu bulan...

No comments: